in

“Jangan suka sangat…” – [VIDEO] Wanita Kena Sampuk Lepas ‘Melalak’ Dalam Hutan

5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak dengar kata orang tua-tua, jaga adab kalau masuk ke dalam kawasan hutan. Nak berseronok dengan kawan-kawan tu tak salah, tapi jangan melampaui batas. Bukannya apa, risau ada ‘benda lain’ yang datang tumpang enjoy sekali nanti…


Baru-baru ini tular di laman Facebook berkenaan sekumpulan individu yang dikatakan ‘melalak’ sehingga tengah malam di sebuah inap desa bertempat di Kampung Kemensah, Ampang.

Tindakan mereka kemudiannya mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka telah disampuk pada malam yang sama.

Menurut pemilik akaun Cyril Bana, kumpulan tersebut mula menyanyi sekuat hati seawal jam 10 pagi hinggalah 12 tengah malam. Hal ini bukan sahaja mengganggu orang ramai di sekeliling mereka, malah mungkin menjadi asbab ‘makhluk’ itu mula memberi respon kepada kumpulan itu.

Kejadian di Kemensah, sewaktu kami semua camping bersama keluarga. Kumpulan ini melalak menyanyi sekuatnya tak kira waktu sehingga pukul 12 malam. Tiba-tiba salah seorang dari kumpulan yang melalak disampuk, menjerit-jerit dirasuk”

Menerusi rakaman berdurasi 57 saat itu, kumpulan itu mula memasang ayat-ayat suci Al-Quran selepas rakan mereka mula disampuk. Walau bagaimanapun, individu tersebut masih lagi dilihat meracau dari ruang homestay kumpulan itu.

Sekarang ini, mereka tahu pula pasang ayat al-Quran, sebelum ini melalak tidak kira tempat sehingga mengganggu orang lain.

Hutan adalah tempat istirahat mencari kedamaian bukan tempat untuk berhibur dan bersuka ria menyanyi sekuatnya tanpa menghiraukan pengunjung lain

Perkara ini menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen, di mana rata-ratanya bersetuju bahawa semua orang perlu menjaga adab dan batas ketika memasuki kawasan hutan.

4 17 6 5 2

Haa… lain kali nak masuk hutan tu beringatlah, ya? Jangan seronok-seronok sangat, nanti ada yang datang join!

Sumber: Facebook dan Kosmo

Baca: [VIDEO] Viral Muncul ‘Wajah Seram’ Ketika OOTD Di Langkawi, Wanita Nafi Hanya Konten Murahan

8 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.