Menurut sebuah perkongsian oleh Johns Hopkins Medicine, masalah sembelit merupakan salah satu masalah pencernaan dan ianya adalah kondisi normal yang berlaku kepada kanak-kanak.
Kebiasaannya, tanda-tanda anak anda mengalami sembelit dapat dilihat apabila kekerapan untuk membuang air besar adalah kurang dari 3 kali dalam seminggu. Namun, jumlah ini sebenarnya berbeza pada setiap kanak-kanak.
Walaupun kondisi ini dikatakan sebagai masalah biasa, namun ibu bapa diluar sana harus mengambil berat dan peka sekiranya anak-anak mengalami masalah sembelit ini. Ini kerana, sekiranya ia berlarutan, ia akan memberikan masalah kepada sistem imunisasi anak-anak anda.
Kaitan antara usus & sistem imunisasi
Sebenarnya, 70% daripada sistem imun manusia tertelak di bahagian usus dan ianya merupakan organ imunisasi yang terbesar dalam badan manusia. Jadi, sekiranya inginkan sistem imunisasi atau benteng pertahanan daripada penyakit ini berfungsi dengan baik, kita perlu pastikan sistem pencernaan berada pada tahap yang terbaik.
Disebabkan itu, sekiranya anak-anak ada masalah sembelit, ibu bapa perlu peka dan tangani segera masalah tersebut.
Ini kerana, penyerapan nutrien dan khasiat daripada makanan di usus akan bertindak balas dengan lambat. Bahan makanan dan najis yang tersekat kerana sembelit ini secara tak langsung akan menghalang penyerapan nutrien yang baik, lebih-lebih lagi yang diperlukan untuk menyokong sistem imun badan.
“Masalah sembelit ini juga menyebabkan keseimbangan bakteria baik”
Selain itu, masalah sembelit ini juga menyebabkan keseimbangan bakteria baik yang biasanya diperlukan untuk penghadaman dan sokongan kepada sistem imun ini akan terganggu. Ini akan mengakibatkan anak-anak mudah dijangkiti virus yang menyebabkan batuk dan selsema.
Tanda-tanda anak mengalami sembelit termasuklah :
- Berkelakuan pelik
- Menangis/ Menjerit Ketika Buang Air
- Mengelak Ke Tandas
- Muntah
- Sakit Perut/Kembung
Namun begitu, ibu bapa tak perlu risau sekiranya anak anda mengalami masalah sembelit ini. Antara tips yang diberikan oleh pakar adalah dengan mengawal diet dan memastikan anak-anak mendapat nutrien yang mencukupi selain mendapatkan nasihat doktor sekiranya masalah sembelit anak menjadi serius.
Sebagai langkah awal, ibu bapa boleh memberikan susu yang diformulasikan khas untuk melegakan dan mengurangkan sakit akibat gangguan pencernaan selain terbukti secara klinikal untuk mengatasi masalah sembelit yang ada di pasaran seperti Novamil KID IT yang boleh diberikan kepada anak seawal 1 tahun hingga 10 tahun.
Tidak seperti susu lembu biasa, Novamil KID IT diformulasikan dengan kombinasi SmartGut 360 dan juga 30 nutrien penting seperti Omega 3 dan 6, Kalsium, Magnesium dan lain-lain ini dapat mengurangkan masalah sembelit dalam masa satu minggu.
Nisbah protein 60% whey, 40% kasein yang terkandung dalam Novamil boleh membantu mempercepat kadar pencernaan serta memastikan najis terbentuk dengan lebih kerap. Selain itu, kandungan Magnesium yang 45% lebih tinggi ini dalam formulasi ini boleh merangsang regangan dan pengecutan usus.
Magnesium juga akan meningkatkan kandungan air dalam najis anak-anak dan mengelakkan berlakunya sembelit.
Selain itu, apa yang boleh dipertimbangkan oleh ibu bapa adalah kandungan vitamin B kompleks yang ada dalam Novamil KID IT. Ini secara tak langsung boleh meningkatkan selera anak-anak selain membuat mereka bertenaga sepanjang hari!
Dengan lebih daripada nutrien penting serta formulasi SmartGut 360 ini, susu formula ini boleh membantu mengatasi masalah-masalah yang selalu dihadapi oleh anak-anak dan sangat bersesuaian sekiranya mereka tidak suka ke tandas, mempunyai selera yang cerewet dan kurang atau tidak aktif.
50% untuk pembelian pertama
Untuk pembelian pertama susu formula nombor 1 di Perancis ini, sekarang sedang ada promosi potongan 50% dan pembelian boleh dilakukan di laman web mereka.
Novamil KID IT juga boleh didapati di kedai online rasmi Novamil di Shopee dan DMart.
Selain itu, ada juga pelbagai hadiah mingguan menarik yang boleh dimenangi sempena berlangsungnya ‘Karnival Digital Novamil‘, hanya perlu sertai aktiviti-aktiviti yang berlangsung seperti treasure hunt, challege and win dan peraduan snap and win.
Untuk maklumat lanjut tentang Karnival Digital Novamil ni, boleh ke laman web karnival di sini, atau kunjungi sahaja laman rasmi Novamil Malaysia di Facebook atau Instagram.