in

“Jangan libatkan dia” – Aiman Tino Jawab Dakwaan Abai Keluarga Kerana GF, Rupanya Sebab Lupa Call & Balas Mesej Ayah

Ft Aimantino

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Aiman Tino menjadi sebutan selepas penyanyi itu sekali lagi terlibat dalam kontroversi apabila ibunya mendakwa anaknya itu sudah berubah dan melupakan keluarga.

Melalui Instagram, Hazelina Mat Jalil telah memuat naik posting mendakwa berasa terkilan dengan sikap Aiman kerana sukar dihubungi. Perkongsian itu terus viral dan mula menjadi topik hangat netizen.


Bukan itu saja, Hazelina juga turut mendakwa Aiman dikongkong seorang wanita dikenali sebagai Farah, sejak akhir-akhir ini hingga mengabaikan karier.

Aiman2

Salah faham, sebab lupa call & mesej semula

Selepas terpalit dengan kontroversi tersebut, Aiman tampil memberi penjelasan dan berkata semua yang terjadi berpunca daripada salah faham semata-mata. Ketika dihubungi Berita Harian, Aiman berkata,

“Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.”

“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima.”

Aiman3

Aiman4

Aiman juga turut sedar sikap sebegitu akan mendatangkan masalah terhadap karier selain berharap dia dapat mengubah tabiat tersebut di masa akan datang.

 

Akan ubah tabiat, jangan babitkan Farah

Bukan itu saja, Aiman juga berkata dia segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru selepas isu ini menjadi hangat untuk menyelesaikan masalah.

“Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan… Sampai mereka boleh fikir macam-macam.”

“Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini.”

Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain.”

Aiman1

Kata Aiman lagi, Farah dikenalinya atas urusan kerja dan berharap tiada yang menuding jari terhadap wanita itu kerana semuanya adalah kesilapan dirinya sendiri.

Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri.”

Baca: “Laki tak marah ke kak oiii” – Netizen Kritik Gambar ‘Daring’ Puteri Sarah, Posing Mesra Dengan Pelakon Lelaki

Ft Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.