in

“Jangan libat saya” – Dituduh Punca Fyna & Madu Bergaduh, Ini Respon Janna Nick

Janna Nick Buat Permohonan Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, Astro Awani melaporkan kejadian dua isteri jurulatih bola sepak telah terlibat dalam satu pergaduhan dekat sebuah restoran di Shah Alam.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu, pihaknya menerima laporan daripada isteri kedua bekas jurulatih itu pada pukul 2.18 pagi Isnin, sejurus insiden itu berlaku.

Dua madu bergaduh? 

Kata Mohd Iqbal, isteri pertama dikatakan telah menarik rambut pengadu iaitu isteri kedua di dalam restoran tersebut sehingga membawa pergaduhan dan pertengkaran di luar restoran.

“Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati punca pergaduhan tersebut disebabkan suspek merasa dirinya tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program realiti dan marah kepada pengadu kerana telah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya.”

Berikutan dengan insiden tersebut, pelakon Fizz Fairuz ada muat naik foto perkongsian screenshot posting daripada pelakon Azhar Sulaiman berkaitan hal tersebut.

Pelakon senior berkenaan didakwa mengecam pihak produksi rancangan program realiti Famili Duo yang mempersendakan perkahwinan Fyna Jebat. Walau bagaimanapun, Azhar Sulaiman dilihat telah memadam perkongsian tersebut daripada media sosialnya.

“You all kena jaga hati dan perasaan Datin Zalina Zaini yang juga merupakan anak saudara saya.”

Janna Nick jadi punca?

Berikutan dengan perkongsian tersebut, Janna Nick telah disebut-sebut oleh netizen sebagai punca masalah berkenaan.

Selaku pengacara yang mengendalikan rancangan tersebut, dia telah tampil memberikan respon di ruangan komen dengan menyatakan bahawa dia tak ada kena mengena dengan hal rumah tangga peserta Famili Duo tersebut.

Screenshot 2023 01 25 151234

Dalam pada itu, ramai netizen tetap menyalahkan Janna kerana mereka mengatakan bahawa dialah individu yang mula bertanya berkenaan soalan panas itu.

Screenshot 2023 01 25 151410 Screenshot 2023 01 25 151425 Screenshot 2023 01 25 151448

 

“Tuduh saya secara membabi buta, saya langsung tak tahu kewujudan isteri pertama” – Janna Nick

Berikutan dengan kecaman dan dakwaan yang diterima, Janna Nick tampil menafikan dakwaan tersebut secara rasmi di posting Instagram dengan memperjelas hal sebenar yang berlaku.

Dia juga memuat video yang memaparkan soal jawabnya dengan Fyna Jebat ketika rancangan itu berlangsung yang didakwa menjadi punca isu ini terjadi.

“Ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh secara membabi buta & konon saya sengaja nak sakitkan hati first wife kepada si polan. Saya jadi marah.”

“Cuba untuk tidak endahkan tapi media media mula menjadikan saya sebagai “ TAJUK” utama perbalahan di antara isteri pertama & isteri kedua.”

“Walhal saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama & masalah rumahtangga yang dilalui mereka.”

Tambah Janna lagi, program Famili Duo ini memang berkonsepkan kekeluargaan. Jadi ia merupakan perkara normal untuk dia bertanya mengenai soalan tentang suami, anak, isteri, ibu dan ayah peserta yang terbabit apatah lagi kalau suami peserta agak dikenali.

Dalam pada itu, Janna juga meminta pihak media tidak lagi mengaitkannya dengan hal isu rumah tangga orang lain dan dia juga memohon maaf kepada isteri pertama pemain bola sepak berkenaan jika gurauan itu menyakitkan hati.

Baca : Zainal Abidin Didakwa Berstatus Suami Orang Ketika Kahwini Fyna Jebat?

5Edr6Tfyguhij

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.