in

“Jangan jadi enabler” – Netizen Pelik Gadis Masih ‘Back Up’ BF Lepas Kena P*kul “Semoga yang baik-baik je lah” – Gadis Dip*kul BF Tapi Masih ‘Back Up’?

Syaz Ft 2026 02 16T125132.100

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tindakan kasar seorang lelaki terhadap seorang wanita di tempat awam. Kejadian tersebut telah mencetuskan kemarahan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan yang dilihat seolah-olah hilang pertimbangan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, video itu menunjukkan situasi tegang di mana lelaki tersebut bertindak kasar terhadap kekasihnya. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila gadis dalam video tersebut tampil memberikan penjelasan dan mempertahankan tindakan teman lelakinya itu.


Artikel berkaitan: Bawa BF ‘Terlebih Prihatin’ Teman Kerja Syif Malam, Jururawat Digantung Tugas

Artikel berkaitan: Guru Dip*kul Beramai-ramai Oleh Murid Gara-gara Hina Pelajar Miskin?

 

View on Threads

 

Menurut gadis berkenaan, dia sendiri mengakui bahawa dirinya juga menjadi punca pergaduhan tersebut sehingga membuatkan emosi teman lelakinya terganggu.

Cats 15

“I admit apa yang dia buat dekat I too much… tapi I pun punca pergaduhan, I yang pancing emosi dia,” tulisnya dalam satu hantaran bagi membersihkan nama teman lelakinya.

Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut tidak diterima baik oleh rata-rata netizen. Ramai yang berpendapat bahawa kekasaran dalam perhubungan tidak sepatutnya dinormalisasikan, walau apa jua punca pergaduhan tersebut.

Cats 16

Peringatan buat semua, jangan ingat isu pukul-pukul ini boleh selesai dengan permohonan maaf sahaja. Di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, sesiapa yang dengan sengaja menyebabkan cedera boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda RM2,000!

Kalau guna senjata lagi parah mengikut Seksyen 324. Jadi, sebelum naik tangan tu, fikir dulu panjang-panjang ya!

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.