Penyakit jantung merupakan salah satu penyakit yang paling bahaya, ia boleh ‘menyerang’ sesiapa sahaja tanpa mengenal usia.
Ia juga merupakan antara penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat dan diet yang kurang baik, kurang aktiviti fizikal, berat badan berlebihan atau obes, dan merokok secara berlebihan.
Sebuah video pendek telah tular di TikTok dimana terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta yang merempuh sebuah pam minyak dan terbabas.
https://www.tiktok.com/@chongykush/video/7073262872771431706?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7072572541998843393
Video yang dimuat naik oleh @chongykush (Mohd Ezwan Shah) itu difahamkan berlaku di sebuah stesen minyak yang terletak di Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang, Selangor.
Dalam ruangan komen, dikatakan punca kemalangan adalah disebabkan hilang kawalan kerana pemandunya terkena serangan jantung. Kemalangan tersebut telah meragut nyawa pemandu kereta tersebut.
Apa yang menyedihkan, ramai netizen yang masih boleh membuat jenaka mengenai kemalangan tersebut dan tidak kurang juga yang mengandaikan pemandu tersebut di bawah pengaruh alkohol.
Setakat ini, video tersebut mendapat lebih 330K tontonan dan lebih 600 komen, ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan takziah kepada mangsa yang difahamkan seorang lelaki tua berbangsa Cina.
Harap netizen tidak terus membuat andaian yang bukan-bukan, kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada kita di masa hadapan nanti.
Salam takziah
Baca: “Comentator 11/10!” – [VIDEO] Netizen Berdekah Dengar Explanation Padu Brader Ni Pasal Kemalangan