in

“Jangan bunyikan hon” – [VIDEO] Gajah Mengamuk Sampai Pijak Kereta Lepas Kena ‘Ganggu’ Pemandu Di Gerik

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan banyak hutan yang telah ditarah untuk dijadikan jalan raya, banyak haiwan-haiwan liar yang akan keluar terutamanya pada tengah malam untuk gunakan jalan tersebut sebagai laluan dorang.


Sebab tu, bila lalu dekat kawasan-kawasan macam ni, kita kena perlahankan kenderaan supaya tak berlaku kemalangan atau menakutkan haiwan-haiwan tersebut.

Seperti kejadian yang berlaku di Gerik semalam bila kereta dinaiki sebuah keluarga telah dipijak oleh seekor gajah yang mengamuk lepas sebuah kereta lain membunyikan hon.

Kejadian ngeri ini berlaku di Jalan Raya Timur Barat berhampiran dengan R&R Puncak Banjaran Titiwangsa.

Nak dijadikan cerita, semasa lalu di jalan tersebut, pemandu kereta yang dipijak gajah telah memberhentikan kereta selepas melihat seekor gajah di tengah jalan.

Kerana itu, sebuah kereta lain di belakang telah membunyikan hon dan mengejutkan gajah tersebut sebelum bangun, mengamuk dan memijat bonet kereta yang mempunyai lima penumpang itu.

Bernasib baik, lima individu di dalam kereta tersebut sempat keluar dan lari meninggalkan kereta sebelum menumpang kenderaan lain untuk berpatah balik dan berhenti di R&R.

Ketika dihubungi Berita Harian, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood mengesahkan kejadian tersebut dan mengatakan kenderaan mangsa hanya mengalami kerosakan kecil.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff menasihatkan orang ramai untuk bersabar bila bertembung dengan haiwan liar di atas jalan.

Jangan bunyikan hon atau paling penting jangan cuba halau gajah berkenaan.”

Tambahnya lagi, bila lalu kawasan haiwan liar melintas, pemandu diminta untuk tak memasang lampu tinggi pada waktu malam kerana risau boleh mengganggu haiwan-haiwan di sana.

 

Baca: “Takde hati perut!!!” – Gajah Mengandung & Lapar Mati Berdiri Dalam Sungai Lepas Orang Bagi Makan Mercun

Screenshot 2020 08 03 At 11.54.29 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.