in

“Jangan bangga dgn dosa maksiat” – Penceramah Tegur Babak ‘Kunyit’ Dalam Siri Stay Away From Me

Page Bl

Baru-baru ini kecoh tentang siri Stay Away From Me yang dikatakan bertemakan hubungan sesama jantina ataupun homoseksual. Siri ini semakin hangat diperkatakan di media sosial kerana siri tersebut melibatkan pelakon yang masih berada di bawah umur.

Bukan itu sahaja, difahamkan video promosi siri tersebut telahpun dimuatnaik di TikTok dan memaparkan adegan romantik antara dua lelaki atau digelar BL (boylove). Disebabkan itu, ramai yang mempersoalkan tentang penapisan babak tersebut.

Terkesan dengan siri tersebut,  penceramah motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi menyuarakan pandangan peribadi beliau di Facebook kerana dipercayai melibatkan seorang remaja iaitu Danish Iskandar yang kini berusia 17 tahun.

1. Viral isu ni di Tiktok. Kemudian, meratalah kisahnya disebarkan di laman berita-berita online.2. Maka, tularlah…

Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Saturday, December 4, 2021

Ujarnya, bahawa Danish Iskandar masih lagi dikategorikan sebagai kanak-kanak dan tidak sesuai untuk melakonkan watak sebegitu. Oleh itu, beliau mengatakan pihak produksi sudah melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (berhubungan pornografi kanak-kanak dan pengantunan seksual).

Beliau juga kongsikan gambar Undang-Undang Malaysia bagi definisi kanak-kanak iaitu Seksyen 2, Akta Kanak-Kanak dan turut memaklumkan bahawa isu LGBT seharusnya dididik dengan betul terutamanya dari kalangan anak muda.

Fb 1 1

Justeru, beliau berharap pihak berautoriti seperti Menteri Wanita, Menteri Agama serta JAKIM perlu memandang serius isu berkenaan yang jelas dilihat bertentangan dengan norma kehidupan.

Ini kerana isu ini dilihat semakin menjadi-jadi dan hampir menjadi kebiasaan di negara kita. Tambahnya lagi, anak-anak muda seharusnya diajar tentang pendidikan seks yang betul supaya mereka tidak semakin bangga untuk melakukan dosa maksiat sekiranya dibiarkan begitu sahaja.

“Educate anak tentang private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa, realiti kehidupan di asrama, cakna dengan perubahan anak selepas akil baligh (terutama anak lelaki), berbual dengan anak berkaitan ancaman mereka di internet; pornografi, sexual grooming dan lain-lain.” – Akhi Fairuz

“Mereka minta untuk saya promosi, tetapi saya tidak buat begitu walaupun dapat bayaran extra” – Danish Iskandar

Sebelum ini, pelakon siri Stay Away From Me iaitu Danish Iskandar memaklumkan bahawa storyboard yang diberi oleh pihak produksi yang terlibat tidak menceritakan tentang adegan kontroversi itu.

Danish 1

Katanya dia sendiri terkejut semasa diberitahu untuk melakonkan babak berkenaan kerana mendapat kurang penjelasan dari pihak produksi semasa mesyuarat yang pertama dan hanya memberi pencerahan secara surface sahaja.

Oleh itu, dia menerima banyak DM dari netizen di media sosial miliknya yang bertanyakan mengenai adegan romantik dirinya bersama seorang lagi pelakon lelaki. Namun, menurut Harian Metro, Danish tidak boleh untuk menarik diri dari siri tersebut kerana proses perfileman sudah hampir ke penghujungnya.

Baca: “Terpengaruh cerita lucah rakan” – Staf Hospital Cabul, Raba & Curi Seluar Dalam Pesakit Lelaki Tapi Nafi Dirinya Homoseksual

Untitled 1 2

Sumber: Facebook
Sumber: BH Online