in

“Jangan bagi tu kena lantai”- Nampak Macam Best, Kejohanan Belon Dunia Sukan Terbaru Masa Kini

F3 Kejohanan Belon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lazimnya, kita hanya melihat belon digunakan ketika majlis hari jadi. Ketika zaman kanak-kanak dulu pun, mesti ramai yang suka main dengan belon ni kan. Nampak je orang jual belon kat pusat beli belah, mesti kita akan minta mak atau ayah kita belikan.



Siapa sangka permainan ini telah menjadi kejohanan belon dunia baru-baru ini? Menurut BBC, sukan belon terbabit telah dianjurkan oleh Gerard Picque dan Ibai Llanos di Sepanyol baru-baru ini.

Difahamkan, sukan ini telah diinspirasikan oleh video TikTok yang tular pada sekitar tahun lepas di mana ada beberapa adik-beradik iaitu Isabel, Antonio dan Diego yang bermain permainan zaman kanak-kanak ini sepanjang lockdown akibat Covid-19.

Peraturan untuk bermain belon ini pun mudah, peserta perlu pastikan yang belon tu tak terjatuh di atas lantai. Permainan itu pula dimainkan di gelanggang yang berkeluasan 8m x 8m namun pelbagai perabot rumah dan sebuah kereta sengaja diletakkan di situ sebagai halangan.

Kejohanan Belon 3

Gerard Pique yang juga merupakan seorang pemain bola mengatakan permainan itu merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain.

Untuk pengetahuan semua, kejohanan pada kali ini telah dimenangi oleh Francesco De la Cruz dari Peru. Yang hebatnya, streaming kejohanan ini telah meraih lebih lapan juta tontonan di Twitch.

Kejohanan Belon 2

Nampak macam menarik ni, boleh la kita anjurkan game ni ketika acara sukaneka hari keluarga kan. 

Sumber: BBC

Baca: Pertandingan Lawan Bantal Rupanya Sebuah Acara Sukan Kebangsaan Di Jepun

Kejohanan Belon 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.