in

Pertandingan Lawan Bantal Rupanya Sebuah Acara Sukan Kebangsaan Di Jepun

f2 lawan bantal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain main sorok-sorok dan berkhemah guna sofa dan selimut, main lawan bantal atau pillow fight juga antara permainan yang sering dimainkan ketika zaman kanak-kanak. Dulu mana ada internet, so ini je lah benda yang kita buat ketika cuti sekolah terutamanya kalau balik kampung dengan sepupu yang lain. 

Namun, tahukah anda, main lawan bantal merupakan sebuah kejohanan sukan di Jepun? Menurut Oddity Central, Kejohanan Lawan Bantal Seluruh Jepun ini telah bermula sejak tahun 2013 lagi.


lawan bantal 2

Pertandingan ini dikatakan telah diinspirasikan oleh sebuah permainan pillow fight yang selalu dimainkan pelajar Jepun ketika mereka mengikuti lawatan sekolah iaitu makura-nage.

Difahamkan, permainan ini lazimnya dimainkan sebelum tidur ketika lawatan namun sekarang ia  dah jadi acara tahunan di Jepun.

Walaupun permainan ini pada mulanya terkenal dalam kalangan pelajar sekolah, tapi semua orang dari pelbagai lapisan umur boleh sertai pertandingan ini. Tak kira lah umur baru lapan tahun atau dah masuk usia senja sekali pun, tak ada diskriminasi untuk join acara ni. 

Peraturan untuk bermain dalam kejohanan lawan bantal ini juga mudah difahami. Sebelum bermain, peserta akan berpura-pura tidur terlebih dahulu dan mereka hanya akan mula menyerang kumpulan lawan setelah wisel dibunyikan.

lawan bantal 1

Untuk lebih mudah faham, game ni hampir sama macam permainan bola beracun cuma, bola diganti dengan bantal. Pemain setiap kumpulan akan cuba untuk pukul pemain lawan terutamanya kapten team dengan bantal.

Jika bantal tu berjaya kena team captain pasukan lawan, semua pemain pasukan tu dikira dah kalah pusingan tersebut. Salah seorang pemain daripada setiap pasukan juga dibenarkan guna selimut untuk melindungi kapten masing-masing.

Menariknya lagi, setiap peserta perlu memakai yukata iaitu sejenis pakaian yang mirip kimono. Untuk pengetahuan korang juga, yukata ini sering dipakai oleh orang Jepun ketika ke festival musim panas.

Boleh tonton video yang dikongsikan oleh The Japan News kalau korang nak tahu macam mana game ini dimainkan.

Pertandingan ini berlangsung pada bulan Februari setiap tahun di bandar Ito dan kumpulan yang menang akan medapat wang berjumlah 100,000 yen (kira-kira RM3,785). Namun, nampaknya hadiah setiap tahun berubah-ubah sebab menurut Japan Times pula, pemenang akan dapat hasil tanaman tempatan.

Tak sangka pulak permainan macam ni pun boleh jadi pertandingan kan. 

Sumber: Oddity Central, News18, Grape 

Baca: “Nampak macam best je”- Perlumbaan Kerusi Pejabat Di Jepun, Pemenang Dapat 90kg Beras

lawan bantal

Sumber: Grape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.