Siapa antara korang yang buat servis sewa kereta? Pernah tak lalui pengalaman macam, ni? Admin tak sangka betul ada orang yang boleh tinggal barang kotor macam ni dalam kereta sewa.
Menurut perkongsian Amzar Said, dia membuat perkhidmatan sewa kereta dan biasalah, customer yang sewa tu kenalah pandai-pandai jaga kan? Jangan pulak tinggalkan benda-benda ‘penting’ macam ni.
Bukan nak bukak aib sesiapa
Siapa tinggal barang ni?
Sekali dengan status tu, Amzar kongsikan gambar barang yang ditinggalkan oleh customer dia dalam kereta iaitu seluar dalam lelaki dan anak tudung perempuan. Dah kenapa tinggal spender?!
Ujar Amzar, dia tak dapat kenal pasti barang tu kepunyaan customer yang mana sebab penyewa ramai. Selain itu, difahamkan post ni dah lama tapi dapat perhatian semula lepas dishare semula di Facebook.
Dah banyak kali berlaku
Memeranjatkan bila Amzar bagaitau bahawa itu bukanlah kali pertama kejadian customer dia tertinggal barang peribadi tapi sebelum ni dia memilih untuk diamkan je.
Selain tu, Amzar juga berkata dia sentiasa fikir baik-baik je bila jadi macam ni. Yelah, siapa tak suspicious bila dua barang ni tinggal dalam kereta kan? Lagi-lagi seluar dalam dan anak tudung ni Amzar jumpa dekat dalam dashboard. Wert?!
Orang ramai yang baca ni pun macam pelik jugaklah dah kenapa sampai tertinggal seluar dalam dekat dalam kereta. Kereta sewa pulak tu! Ish.. ish.. ish
Cite dia, kenapa dia nak buka spender dengan anak tudung? Hmmm.. Takpe kita husnudzon, tu bersih, bukan yang dah dipakai….
Nota: Gambar kanan adalah sekadar hiasan.