Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah memutuskan untuk melaksana larangan penggunaan media sosial untuk golongan di bawah umur 16 tahun berkuatkuasa tahun depan, lapor Berita RTM.
Perkara itu mungkin satu hal yang bernas setelah melihat beberapa video animasi ‘pelik’ yang kini sedang berlegar-legar di algoritma media sosial kita. Video tersebut dikatakan memberi maksud ‘tersirat’ dan agak dark di sebalik animasi yang berlatarkan suara comel.
Artikel berkaitan : Selain Malaysia, Ini 6 Negara Yang Turut Cadang Sekatan Akaun Media Sosial Terhadap Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun
Artikel berkaitan : Kanak-kanak 7 Tahun Trauma Hampir Dib*nuh Ibu, Masih Bertanya Tentang Adik
“Gerakan untuk jahanamkan otak anak”
Bagi mereka yang pernah menontonnya, jalan cerita animasi itu mempunyai maksud tersirat dan membuatkan ramai tergamam setelah mengetahui maksud kisah di sebaliknya.
Dengan animasi comel dan penceritaan menerusi lagu yang catchy, keberangkalian untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk menontonnya pasti tinggi dan ia membuatkan sesetengah kanak-kanak menjadi ‘ketagih’ untuk menontonnya lagi dan lagi.
Ia sekaligus mendatangkan rasa bimbang dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih di bawah umur.
@shamir.rajadurai pastikan kamu perhatikan apa yg anak kamu tonton online. #fyp #anak #online #safety #parents
Menerusi Threads, ramai warganet meluahkan rasa terkejut, jijik dan gerun apabila melihat video animasi yang dikongsikan oleh TikToker yang dikenali sebagai @shamir.rajadurain ini.
Di samping itu, ada netizen yang mendakwa pernah bekerja sebagai moderator kandungan menggesa orang ramai untuk melaporkan ia kepada CSAM (Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak) jika ternampak video sebegitu lagi.

Dalam perkongsian lain di Threads, ada satu lagi video yang menunjukkan individu bangga menghasilkan kandungan sebegitu kerana ia boleh menjana pendapatan.
Sumber : Berita RTM, TikTok, Threads
