in

“Jaga tepi kain orang” – Disuruh Kahwin Semula Dengan Noor Nabila, Sharnaaz ‘Sound’ Netizen

Sharnaaz Nabila Emran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan kini mengenai isu rumah tangga kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila yang katanya telah memadam semua gambar bersama suaminya, Engku Emran di Instagram.


Isu tersebut membuat rata-rata netizen tertanya-tanya sama ada Engku Emran dan Noor Nabila mempunyai masalah rumah tangga sehingga ada netizen yang membabitkan bekas suami Nabila, Sharnaaz Ahmad dalam isu ini.

“Bertudung labuh, tidak menjamin beliau seorang yang tidak menjaga tepi kain orang”

Menerusi satu tweet yang dimuat naik Sharnaaz, dia berkongsi rasa tidak puas hatinya terhadap komen seorang netizen yang meminta dia dan Nabila untuk berkahwin semula.

Sindirnya ‘pedas’, penampilan seseorang yang bertudung labuh tidak menjamin perlakuan orang itu untuk tidak menjaga tepi kain orang.

Sharnaaz

Tweet Sharnaaz kemudian mendapat jawapan balas wanita berkenaan yang berkata,

Xkutuk

Pun begitu, tweet yang dimuat naik Sharnaaz mendapat sokongan netizen yang mana kebanyakannya bersetuju supaya netizen tidak mencampuri urusan peribadi pelakon tersebut dan bekas isterinya.

Terdahulu, sebelum mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 2017 sebelum bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang berusia 4 tahun.

Haish macam-macam lah ye netizen ni. Mereka masing-masing dah move on dan ada kehidupan baru. 

Baca: “Delete” – Gambar Nikah, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran Bergolak?

Nabila Emran

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.