in

“Jadi tunggul kayu dan habiskan duit” – Anak Lelaki DSV Luah Rasa Diri ‘Nobody’

Ft Kacak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Realiti kehidupan dalam keluarga, kadang-kadang ada yang pantas membandingkan dirinya dengan adik-beradik yang lain kerana merasakan dirinya tidak setanding yang lain.

Tapi pastinya buat ibu bapa tiada anak-anak yang diihat lebih daripada yang lain.


Walaupun nampak happy dengan kehidupannya, rupanya anak lelaki Datuk Seri Vida (DSV), rupanya dalam diam memendam rasa.

 

“Ye la, sebab Kacak nobody”

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh DSV di akaun Instagramnya, Muhammad Eric Zaquan atau lebih senang disapa Kacak dilihat meluahkan rasa hati kepada ibunya.

Membanding pencapaian yang diperoleh oleh kakaknya, Kacak menganggap dirinya sebagai satu beban kerana hanya ‘berkebolehan’ untuk menjadi tunggul kayu dan menghabiskan duit ibunya sahaja.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh, DSV segera menjelaskan dirinya tidak pernah membandingkan kejayaan anak-anaknya.

https://www.instagram.com/p/CJFsEUCAu9s/

DSV juga dilihat meluahkan yang dia menyayangi semua anak-anaknya secara sama rata.

Tapi perkongsian itu menarik rata-rata netizen untuk memberi semangat kepada anak jutawan kosmetik tersebut.

 

“Belum sampai masa lagi tu”

 

Capture 1 15

Netizen juga dilihat sempat memberi nasihat kepada remaja tersebut.

Betul lah, Kacak pun baru 13 tahun, jauh lagi perjalanan yang hendak dicapai. Janganlah sedih-sedih…

Baca : Lebih baik tak payah jumpa Dato Vida Tak Pernah Halang Anak-anak Jumpa Bapa, Bimbang Keselamatan Cik B  Kacak

Capture 18 2

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.