in

Jada Pinkett Umum Dah 7 Tahun Berpisah Dengan Will Smith, Ini 5 Kontroversi Sepanjang Perkahwinan Mereka

collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Jada Pinkett Smith telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan kepada dunia di dalam dua temubual mengatakan bahawa dia dan suaminya, Will Smith telah pun berpisah secara rahsia sejak tujuh tahun lalu!

Pengakuannya ini dibuat hanya beberapa hari sebelum dia bakal mengeluarkan buku memoir yang dijangkan akan menceritakan mengenai perpisahan ini dengan terperinci. Namun apa yang memeranjatkan industri hiburan adalah pasangan ini telah beberapa kali menunjukkan kebahagiaan mereka di mata umum sama ada semasa menghadiri karpet merah, di media sosial dan semasa ditemubual.


Tapi kalau korang mengikuti perjalanan perhubungan pasangan ini, pengumuman dramatik mengenai perpisahan ini hanyalah salah satu dari banyak skandal yang telah berlaku sepanjang mereka mengikat tali perkahwinan lagi.

jada marriage will smith 11.jpg

Jom kita tengok beberapa kontroversi dan skandal yang pernah dilalui oleh pasangan ini sepanjang kerjaya dan perkahwinan mereka.

Artikel berkaitan: Jada Pernah Bertegas Tak Mahu Berkahwin, Dakwa Kahwini Will Smith Sebab Nak Sedapkan Hati Ibu?

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bengang Isteri Dipersenda, Will Smith Naik Pentas & Lempang Chris Rock Ketika ‘Live’ Oscars

1. Jada & Tupac Shakur

Walaupun selepas beberapa dekad pemergian Tupac Shakur, ramai orang masih mempersoalkan hubungan rapper ini dengan Jada Pinkett Smith. Menurut Jada, dia telah bertemu dengan Tupac ketika dia merupakan seorang pengedar dadah.

0 Tupac Shakur and Jada Pinkett Smith

Namun Jada mengatakan bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku menyebabkan dia meninggalkan kehidupan tersebut namun Tupac makin terjebak dengan kehidupan itu. Tak cukup dengan itu, pada 1995, Jada dilaporkan pernah membayar ikat jamin sebanyak $100,000 untuk Tupac yang ditahan atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

Persahabatan di antara Jada dan Tupac ini telah membuatkan ramai orang tertanya-tanya lebih-lebih lagi Will Smith juga pernah mengaku bahawa dia cemburu dengan rapper tersebut.

Di awal perhubungan kami, saya terseksa bila memikirkan tentang hubungan mereka. Walaupun dorang tak pernah bersama, rasa cinta yang dorang ada terhadap satu sama lain memang tiada tandingannya.

“Cara Jada sayangkan ‘Pac buatkan saya sukar untuk berkawan dengan dia (Tupac).”

Tak cukup dengan itu, ketika Jada menyambut hari lahirnya pada baru-baru ini, Will telah membuat posting memuji Isterinya itu di Instagram tapi Jada pula telah memuat naik video throwback menari bersama Tupac.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jada Pinkett Smith (@jadapinkettsmith) 

Sebabkan ini juga ramai peminat yang rasa Jada sebenarnya tak pernah move on dari Tupac Shakur.

2. Cara didikan anak-anak dikritik

Ekoran populariti Jada dan Will, memang tak hairanlah kalau anak-ana dorang pun membesar dan meneruskan kerjaya dalam bidang hiburan.

Namun begitu, cara didikan Jada dan Will sentiasa dikritik sepanjang mereka bersama. Pada 2014, ramai orang telah mengkritik pasangan ini apabila anaknya Willow Smith yang ketika itu baru sahaja berusia 13 tahun telah bergambar dengan seorang pelakon Moises Arias yang berusia 20 tahun tanpa memakai baju di atas katil.

rs 634x1024 140507073300 634 Moises Arias Willow Smith JR 5714 copy.jpg

Namun Jada menjawab kritikan tersebut dengan mengatakan bahawa media sengaja membesar-besarkan isu tersebut serta menganggap bahawa ia hanyalah gambar biasa dan tak ada apa yang seksual mengenai gambar tersebut.

3. Open relationship

sub buzz 454 1632836067 2

Pada tahun 2009, Jada Pinkett Smith telah menafikan khabar angin mengatakan bahawa dia dan suaminya Will Smith mengamalkan open marriage di mana dorang membenarkan pasangan untuk mempunyai hubungan lain.

Tapi pada tahun 2013, Jada membuat komen mengatakan bahawa mereka tak kawal hidup antara satu sama lain dan dorang boleh buat apa yang dorang nak buat asalkan bukan benda yang memalukan namun menegaskan yang dorang tidak mengamalkan perkahwinan terbuka.

Namun begitu, beberapa tahun lepas pasangan ini telah mengakui bahawa mereka mengamalkan perkahwinan terbuka apabila salah seorang penyanyi mengaku bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan Jada semasa wanita ini masih isteri kepada Will Smith. Ah pulak dah…

4. Skandal Jada dan August Alsina

image

Ramai yang terkejut bila penyanyi August Alsina telah membuat pengakuan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dngan Jada Pinkett Smith pada tahun 2015.

Saya duduk dan bercakap dengan Will Smith mengenai perkara ini dan dia memberikan saya restu. Saya tak malu dengan tindakan saya. Saya memang komited dalam perhubungan tersebut selama bertahun-tahun dan saya memang sangat sayang dan cintakan Jada.”

Namun begitu, ramai juga mengatakan Jada telah mengambil kesempatan terhadap August Alsina ekoran umur mereka yang jauh berbeza dan kerana August juga merupakan rakan kepada anak lelakinya Jaden Smith.

Ketika di dalam rancangan temubual Jada bernama Red Table Talk, wanita ini mengakui bahawa dia pernah mempunyai hubungan dengan August namun menerangkan bahawa pada ketika itu dia telah berpisah sementara dengan Will dan menafikan bahawa suaminya itu telah memberikan restu kepada August.

5. Insiden tampar Chris Rock

image

Dua tahun lalu ketika Anugerah Akademi ke-94 diadakan, Will Smith telah membuat kontroversi apabila dia telah menampar Chris Rock di atas pentas ekoran pelawak tersebut membuat lawak tentang Jada Pinket Smith.

Ekoran dari ini, Will Smith telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka namun dia telah diharamkan dari menghadiri majlis Anugerah Akademi atau pun Oscars dalam masa 10 tahun.

Kini, selepas bertahun-tahun khabar angin mengatakan bahawa Will dan Jada tak setia kepada satu sama lain dan pasangan ini berkali-kali menafikan perkara tersebut, tiba-tiba Jada mengaku bahawa dia dan Will telah pun berpisah sejak tahun 2016.

Namun begitu, Jada mengatakan yang dia tak sanggup untuk bercerai secara rasmi dengan suaminya ini kerana telah berjanji bahawa mereka tak akan bercerai walau apa pun yang berlaku. Hm…

Sumber: Nicki Swift

Sumber: NY Post
Sumber: EW
Sumber: EW

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.