in

Jackie Chan Terpaksa Jual Dua Buah Apartment Mewah Kerana Perbalahan Hak Milik Hartanah!

Dd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon aksi tersohor dari Hong Kong, Jackie Chan baru-baru ini dikhabarkan akan melelong dua buah apartment mewah beliau disebabkan oleh perselisihan hak milik.

D

Menerusi laporan Astro Awani yang dipetik dari Qingliu Studio memberitahu dua unit apartment yang berkeluasan 1,217 meter persegi dengan enam bilik tidur serta tiga ruang tamu itu telah didiami oleh keluarga Chan sejak tahun 2007.


Namun selepas lebih sedekad, syarikat hartanah Yujia Real Estate tidak memberikan sebarang kertas hitam putih untuk memindahkan hak milik rumah berkenaan kepada Chan.

Isu ini berbangkit apabila pemaju hartanah tersebut terlibat dalam pertikaian hutang dan mahkamah memerintahkan kesemua aset syarikat itu disita, termasuk dua rumah yang dibeli oleh Chan.

D1

Kedua-dua buah rumah yang terletak di pusat bandar Dongcheng itu akan mula dilelong pada 28 September di sebuah laman web lelongan hartanah tempatan.

Dikhabarkan lebih 600 pengguna berdaftar telah menunjukkan minat ke atas unit itu yang akan dibuka untuk bidaan dengan nilai permulaan 71.9 juta yuan (kira-kira RM43 juta).

Menurut laman itu juga, sesi lelongan itu akan bermula pada 28 September ini dengan lebih 600 pengguna berdaftar telah menunjukkan minat ke atas unit itu sejak petang Ahad.

 

Baca: “Tak dapat tengok Jackie Chan!” – Penangan Wabak Coronavirus, Filem Tahun Baru Cina Dibatalkan Tayangan Seluruh Dunia

D2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.