in

Jackie Chan Disangka Mati Lepas Hilang Selama 45 Saat Dalam Laut Ketika Penggambaran Dijalankan

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sudah berusia 66 tahun, pelakon aksi Jackie Chan masih lagi aktif dalam dunia lakonan. Lebih membanggakan, filem-filem yang dibintangi beliau pada usia lanjut ini masih bertemakan aksi dan seni mempertahankan diri.


Baru-baru ini, Jackie Chan dilaporkan terjatuh ke dalam laut dan hilang selama 45 saat selepas jet ski yang ditunggangnya terbalik. Terang pelakon Hong Kong itu, beliau sedang menjalani penggambaran filem Vanguard ketika kejadian ngeri itu berlaku.

3 9

4 4

Berdasarkan video yang dirakam oleh pihak produksi, Jackie Chan dilihat sedang menunggang jet ski bersama heroin filem, Qi Miya apabila mereka secara tiba-tiba hilang imbangan dan terjatuh ke dalam laut.

Pihak produksi yang melihat insiden itu bergegas ke lokasi kejadian dan hanya menjumpai Qi Miya di permukaan air, tanpa sedikit pun bayangan Jackie Chan.

Namun, mereka kemudian menarik nafas lega apabila Jackie Chan dijumpai di sisi sebelah jet ski tersebut selepas 45 saat operasi mencari dijalankan.

2 18

“Jet skit tersebut tiba-tiba terbalik dan menggelamkan saya di bawahnya. Berdasarkan pengalaman saya, apabila berlaku insiden mencemaskan, saya akan beritahu diri sendiri untuk tidak takut. Tuhan tolong saya, saya akhirnya dapat naik ke atas dan menolak jet ski itu”, ujar Jackie ketika ditemu-ramah.

Pengarah filem Vanguard, Tang Jili yang melihat insiden itu berkata beliau menangis selepas menyangka Jackie Chan tidak akan timbul kembali di permukaan air.

7 2

Bagaimanapun, Jackie Chan berjaya diselamatkan dan beliau dilihat bergelak ketawa serta melambai tangan kepada krew produksi.

Anda boleh tonton video kejadian di sini:

Sumber: Apple Daily

BACA: Jackie Chan Terpaksa Jual Dua Buah Apartment Mewah Kerana Perbalahan Hak Milik Hartanah!

Capture 59

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.