Pada beberapa hari lepas, tular sebuah video yang memaparkan situasi kecoh di sebuah jabatan imigresen di Shah Alam. Menerusi video tersebut, dilihat juga pegawai imigresen itu telah mengherdik salah seorang pelanggan yang hadir untuk membuat permohonan pasport.
Lelaki berusia 50 tahun yang telah diherdik oleh pegawai tersebut telah tampil membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati atas tindakan salah seorang pegawai imigresen tersebut.
Pertengkaran itu dipercayai tercetus apabila lelaki mendakwa tidak mendapat layanan sewajarnya ketika ingin membuat pasport.
Kisah di sebalik pertengkaran
Menurut Harian Metro, lelaki terbabit bersama anaknya hadir ke kaunter Imigresen di Kuala Selangor kira-kira jam 3 petang namun berlaku sistem tidak berfungsi yang terpaksa lelaki tersebut pergi ke kaunter imigresen di UTC, Seksyen 14 pada hari yang sama.
Sesudah sampai di sana, lelaki itu dimaklumkan sistem angka giliran sudah habis dengan hanya 200 nombor sahaja dikeluarkan sehari di kaunter imigresen UTC itu.
Lelaki tersebut turut mempersoalkan sistem kaunter imigresen tersebut kerana tidak meletakkan. notis pemberitahuan secara rasmi dan berlaku pertikaian sehingga menyebabkan lelaki itu hilang kawalan lalu menendang tiang besi kaunter tersebut.
Secara tiba-tiba seorang pegawai wanita Imigresen yang berada di belakang kaunter menjerit, menghentak meja, memaki hamun dan memberikan amaran tidak membenarkan lelaki itu dan keluarganya berurusan di Imigresen UTC pada masa akan datang.
Video tersebut mendapat banyak perhatian netizen dan rata-rata ramai tidak bersetuju terhadap pegawai imigresen yang dikatakan tidak professional dalam berkerja sebagai khidmat pelanggan.
Pihak Jabatan Imigresen Malaysia tampil menjawab isu tersebut
Perkara tersebut turut juga mendapat perhatian oleh Jabatan Imigresen Malaysia melakukan tindakan yang sewajarnya bagi meredakan keadaan dan persoalan netizen di media sosial.
Sebuah kenyataan media telah dimuatnaik di laman Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dengan menjawab persoalan dan tindakan yang akan dilakukan terhadap pegawai imigresen terbabit.
https://www.facebook.com/imigresen/posts/pfbid02ssriLXLCoVUZDkmZCsBTEV8nCeJcHM2qDnjsP2F2wpHCxePLd5ECHSeea5nqmmbsl
Pegawai terbabit ditukar ke bahagian lain serta-merta
Menerusi kenyataan media tersebut, pegawai-pegawai imigresen seharusnya bijak mengawal diri dan mengambil sikap professional apabila berdepan dengan provokasi lisan oleh orang awam kerena mereka telah diberi latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi.
Dalam perkara ini juga, Jabatan Imigresen malaysia telah mengambil tindakan untuk menukarkan pegawai yang terbabit ke bahagian lain dengan serta-merta tanpa kompromi. Kertas siasatan juga akan dibuka untuk dikenakan tindakan tatatertib yang bersesuaian terhadap pegawai terbabit.
“Dalam masa yang sama kami juga berasa kesal dengan tindakan provokasi yang dilaksanakan oleh orang awam berkenaan.”
Apa-apapun bergaduh tidak menyelesaikan masalah pun. Apa kata lepasni kita cuba untuk berbincang dengan baik barulah ada win-win situation kan?
Baca: “Peh macam kad VIP!” – Lelaki ‘Flex’ Pasport Malaysia & Nombor Plat Sebab Nak Potong Barisan?