in

“Itu benda lama” – Kecoh Isu Main Santau, Mak Wan Latah Akhirnya Buka Mulut

Kecoh Isu Main Santau Mak Wan Latah Akhirnya Buka Mulut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, tular di media sosial pelakon veteran Halimatussa’diah Mohd Daud atau lebih popular dengan panggilan Mak Wan Latah dikatakan melakukan perbuatan berunsurkan sihir dan telah dirakam oleh seorang individu.


Dalam laporan Harian Metro, Mak Wan membuka mulut mengenai video yang tular tersebut dan dia memberitahu, itu merupakan salah satu latihan lakonannya untuk watak bomoh jahat.

“Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk ‘shooting’. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh,” katanya.

Dalam laporan yang sama, Mak Wan juga ditanya tentang individu yang difahamkan merupakan bekas pengurus peribadinya yang memuat naik video tersebut.

“Saya tak nak buka aib sesiapa. Seperti yang pernah saya beritahu bekas suami saya, saya tak nak buka aib sesiapa. Biar sampai mati, saya tetap dengan pendirian saya.

Otak dia tak betul. Dia akan tulis apa sahaja. Dia nak buat apa, itu hak dia. Kenapa sebelum ini dia puji saya? Sebab dia nak duit saya, kan?

Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong dia, kita digigit balik,” katanya lagi.

Mak Wan juga memberitahu dia telahpun membuat laporan polis berkenaan hal tersebut dan dia sedar bahawa dia telah difitnah, pun begitu dia berkata laporan polis itu dibuat untuk menjaga keselamatan dirinya.

“Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi,” katanya.

Sejak semalam video yang terbahagi kepada tiga bahagian itu, memaparkan luahan rasa individu itu mengenai sikap Mak Wan dan turut ditunjukkan bagaimana Mak Wan melakukan satu upacara aneh yang dianggap bertentangan dengan agama Islam.

Baca: “Bagi minum air kenc*ng” – Wanita Dedah Video Mak Wan Latah Didakwa Main Santau?

Ft Mak Wan Latah Santau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.