in

Isu Tarik Rambut Atas Pentas, Diva AA Nak Saman Malu Aliff Syukri RM100 Juta

Diva Aa Saman Malu Aliff Syukri Rm100 Juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan usahawan sensasi Aliff Syukri telah menarik rambut pengacara kontroversi Azwan Ali di atas pentas dalam sebuah program di Singapura.

Kejadian tersebut telah mendapat kecaman netizen kerana sudah muak dengan gelagat dua individu tersebut kerana sering memuat naik isu untuk content semata-mata.


Terbaharu, Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA dilihat memuat naik beberapa hantaran video menyatakan dirinya tidak menerima permohonan maaf usahawan terbabit.

Artikel berkaitan: Aliff Syukri & Diva AA Bergaduh Sampai Tarik Rambut Di Singapura?

Artikel berkaitan: “Asal kau nak maki anak aku?” – Che Ta Berang Diva AA Tiba-tiba Petik Nama Anaknya?

Dalam hantaran video itu, Diva AA mendakwa telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap Aliff dengan memberi notis saman malu sebanyak RM100 juta.

“Kali ini kita akan all out saman malu kejadian menimpa Diva AA dan Datuk Aliff Syukri di persembahan yang berlangsung di Star Teater, Singapura pada 3 November lalu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat bertolak ansur atas tragedi menimpanya pada kali ini kerana mahu memberi pengajaran kepada selebriti di luar sana yang selama ini mengkritik dirinya.

“Diva tak boleh bertolak ansur kali ini. Memang permohonan maaf telah dibuat di atas pentas selepas beberapa saat kejadian tarik ramubut itu.

“Tetapi, selepas perbincangan dibuat dengan peguam, permohonan maaf tersebut tak boleh diterima pakai,” ujarnya.

Menerusi video berasingan, Diva AA berpendapat tindakan yang dilakukan Aliff itu sungguh memalukan dirinya memandangkan kejadian tersebut berlaku di hadapan khalayak ramai.

“Lantak koranglah kalau ingat berlakon ke apa ke kan? Saya tetap akan saman sebab dah viral video dia tarik rambut saya,” katanya.

Terdahulu, Aliff Syukri mendakwa bahawa pengacara itu yang mulakan terlebih dahulu dan dia tidak akan bertindak sedemikian jika Diva AA tidak mengacau kehidupannya.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.