Beberapa hari lalu, tular satu isu mengaitkan seorang ustaz yang mengakui telah ke Mekah bersama jemaah yang mengerjakan umrah namun tidak divaksin.
Pengakuan Ustaz Abu Syafiq ini di Instagram telah menjadi isu hangat yang dibincangkan netizen selepas ramai yang menyelar tindakannya sebagai tidak bertanggungjawab dan telah melanggar undang-undang yang ditetapkan.
https://www.instagram.com/p/CYfLyVSNw_J/
Bukan vaksin COVID 19 tapi ‘Meningococcal Meningitis’
Walau bagaimanapun, Ustaz Abu Syafiq telah memuat naik satu lagi posting berkenaan isu itu dengan menjelaskan mengenai jenis ‘vaksin’ yang dimaksudkannya.
Menurut Malaysiakini, Abu Syafiq memberitahu yang vaksin tersebut adalah ‘Meningococcal Meningitis’ atau MM dan bukannya vaksin COVID 19 seperti yang disangka netizen.
https://www.instagram.com/p/CYkuJOzIWdE/
Vaksin MM, apa ini orang yang hendak pergi umrah perlu suntik dan mendapat buku vaksin oren kuning. Sekarang ini tahun 2022 kerajaan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan vaksin MM.
“Sekarang ini untuk umrah. Untuk ke Mekah, Madinah kerajaan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan vaksin MM,” katanya yang kini masih berada di Mekah.
Dakwa Abu Syafiq lagi, Arab Saudi kini membenarkan individu yang tak terima vaksin COVID 19 untuk masuk ke Mekah dan Madinah dengan mengikuti beberapa SOP khas.
Malah banyak juga negara di Timur Tengah seperti Yaman dan Mesir yang turut membenarkan individu tak divaksin masuk ke negara itu.
Apa-apapun tak dapat dipastikan sama ada apa yang dikatakan Ustaz Abu Syafiq ini benar ataupun tidak. Sebaiknya kita ikut undang-undang yang ditetapkan untuk kebaikan bersama.
Baca: “Saya mengaku saya tak vaksin & bawa orang tak vaksin ke Saudi” – Ustaz Abu Syafiq