in

Isteri Terlalu Fokus Memandu Tak Sedar Suami Tergolek Keluar Dari Kereta

Imahe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Isteri Terlalu Fokus Memandu Tak Sedar Suami Tergolek Keluar Dari Kereta
Loading
/

Memandu memang memerlukan tumpuan dan fokus yang tinggi. Kecelakaan di atas jalan raya selalunya disebabkan oleh kecuaian ataupun kurangnya tumpuan pemandu ketika sedang memandu kenderaan di atas jalan raya.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita di China terlalu fokus memandu sehingga tidak sedar bahawa suaminya sudah tidak berada di dalam kereta! Lelaki tersebut dikatakan membuka pintu belakang kereta kerana berasa seperti ingin muntah.

K3 1
sumber: wob

Malang tidak berbau, lelaki itu telah tergolek keluar dari kereta ketika mahu muntah. Dalam rakaman kamera litar tertutup yang ditunjukkan, pemandu kereta tersebut langsung tidak memberhentikan keretanya sewaktu kejadian sehinggalah dia menyedarinya beberapa minit kemudian.

Menurut polis trafik di daerah Jiangsu, China, lelaki terbabit sebelum itu telah menghadiri majlis keramaian bersama isterinya. Selesai sahaja majlis , lelaki berkenaan yang telah menikmati pelbagai hidangan dan minuman sewaktu majlis merasa kurang sihat. Mujurlah isterinya ada untuk memandu kereta pulang ke rumah.

K4 1
sumber: wob

Ketika kejadian, lelaki tersebut berada di tempat duduk belakang dan tertidur. Pun begitu, lelaki yang tidak bermaya itu berasa seperti mahu muntah lalu membuka pintu belakang kereta kerana tidak mahu termuntah di dalam kenderaan tersebut. Namun, lelaki tersebut tiba-tiba sahaja tergolek keluar dari kereta sewaktu kereta sedang bergerak.

Isteri lelaki itu yang begitu fokus memandu tidak sedar bahawa suaminya telah terkeluar dari kereta mereka. Beberapa minit kemudian, wanita tersebut berpatah balik untuk mengambil suaminya apabila menyedari bahawa dia bersendirian di dalam kereta.

K5 1
sumber: wob

Sebaik sahaja berita ini tular di media sosial, ramai mentertawakan situasi yang berlaku dan tidak lupa untuk meninggalkan komen mereka terhadap kejadian tersebut.

“Isteri lelaki tersebut pasti seorang pemandu yang bagus kerana sangat fokus ketika memandu,” kata seorang netizen.

“Saya tak akan buka pintu kereta yang bergerak walau apapun berlaku,” kata seorang lagi.

Mujurlah lelaki tersebut hanya mengalami luka ringan walaupun kereta tersebut dipandu dengan agak laju. Sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling ketika memandu ye!

Tonton video kejadian di bawah:

Sumber: WOB

Baca: Gadis Terlanggar Basikal Lelaki Ketika Memandu, Kini Jadi Pasangan Bercinta

Okay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.