Baru-baru ini, seorang bapa kepada empat anak didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan mencederakan isteri hingga parah kerana mangsa menolak ajakan untuk bersetubuh.
Menerusi laporan Astro AWANI, tertuduh juga didakwa telah menakutkan mangsa yang sama secara jenayah dengan kata-kata ugutan akan membunuhnya pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.
Pun begitu, tular sebuah video di TikTok di mana anak kepada tertuduh memberitahu mangsa sebenarnya memutar belitkan cerita dan dia sebenarnya pernah kantoi curang dengan ramai lelaki lain.
“Untuk ibu tiri awak tengok suami awak (abah saya ) awak sudah puas hati ? Terima kasih. Saya sebagai anak abah saya, saya takkan maafkan apa yang awak buat dekat abah saya.
“Saya ingat lagi di mana awak buat status awak anj*ngkan bapak saya awak bab*kan dia, saya tau segala kebenaran semoga akan ada kebahagian,” tulisnya di kapsyen.
Dalam video tersebut, sebuah status yang difahamkan oleh ahli keluarga tertuduh memberitahu mangsa sebenarnya mengamuk sendiri dan menghantukkan kepalanya.
Status itu turut menyatakan mangsa sebelum ini pernah curang dengan empat lelaki lain dan berharap agar mangsa bertaubat atas perbuatan yang dilakukan terhadap suaminya itu.
Selain itu, terdapat juga komen yang ditinggalkan di Facebook Harian Metro yang difahamkan oleh adik kepada tertuduh mengenai isu ini.

Apa-apa pun kita tunggu keputusan mahkamah…
Baca: “Saya penat jaga anak” – Enggan Layan Ajakan Hubungan Intim, Suami Bawa Pelacur Balik Rumah

