in

Penuntut IPT Buat Laporan Polis, Founder Sugarbook Ditahan Semula Berhubung Kes Rogol & Tawar Khidmat Seks

Sb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas aplikasi Sugarbook telah ditahan semula berhubung kes rogol dan menawarkan khidmat seks setelah menerima laporan daripada pengadu yang juga penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT).


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kes berlaku di Subang Jaya pada 19 Februari 2019.

 

Berikutan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 372 kanun sama,”

Darren Chan Ceo Founder Of Sugarbook 1024X683 1

Pihak pendakwaan turut membuat permohonan semakan ke atas keputusan Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi semalam yang menolak permohonan reman terhadap suspek.

Menurutnya, permohonan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam pada 9 pagi tadi.

Semalam, pihak mahkamah menolak permohonan polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook bagi membantu siasatan dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan, lapor Harian Metro.

Peguam, Foong Cheng Leong berkata, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat menolak permohonan pihak berkuasa berkenaan selepas anak guamnya memberi aku janji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Terdahulu, lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu telah ditahan pada 4.30 petang semalam di sebuah kondominium di ibu negara.

Dia ditangkap selepas Suruhanjaya Komunikasi Media dan Multimedia (SKMM) menyekat akses ke laman web Sugarbook dan memberikan amaran kepada pengguna yang pihak berkuasa akan mengambil tindakan sekiranya mendapati ada elemen pelacuran.

 

Baca : Disyaki Tawar Khidmat Pelacuran, Pengasas ‘Sugarbook’ Bakal Direman Hari Ini

Sugarboo

Sumber: GDI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.