in

Disyaki Tawar Khidmat Pelacuran, Pengasas ‘Sugarbook’ Bakal Direman Hari Ini

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis Selangor telah pun menahan pengasas aplikasi temujanji, Sugarbook kerana disyaki menawarkan khidmat pelacuran dan menyalahguna kemudahan rangkaian.


Memetik laporan dari Malay Mail, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fadzil Ahmat mengatakan bahawa pengasas tersebut telah pun ditahan pada jam 4.30 petang semalam di Icon Residence, Persiaran Dutamas.

Tambahnya lagi, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 372(1)(d), 372B dan 505(b) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Screenshot 2021 02 18 At 10.09.31 Am

Penangkapan ini dibuat selepas Suruhanjaya Komunikasi Media dan Multimedia (SKMM) menyekat akses ke laman web Sugarbook dan memberikan amaran kepada pengguna yang pihak berkuasa akan mengambil tindakan sekiranya mendapati ada elemen pelacuran.

Bagaimanapun, tak sampai 24 jam selepas laman web tersebut disekat, Sugarbook telah membuat laman web alternatif untuk penggunanya dan memberikan arahan bagaimana mereka boleh memintas sekatan tersebut.

Pun begitu, syarikat Sugarbook menafikan yang mereka terlibat dalam segala bentuk pelacuran manakala sebarang urusan antara penggunanya adalah secara sukarela.

Kontroversi ke atas syarikat ini bermula selepas aplikasi ini mendedahkan ramai sugar baby di dalam Malaysia adalah tergolong dari remaja yang masih belajar di universiti swasta dan awam tempatan.

 

Baca: “Mak ai ramai betul” – Malaysia Negara Ke-3 Ada Paling Ramai ‘Sugar Daddy’ Dalam Asia!

Screenshot 2021 02 18 At 10.16.23 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.