in

Insiden Helikopter Terhempas: Rupanya Dalam Masa 10 Tahun, Model Sama Dah Alami 44 Kemalangan Sebelum Ini!

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, sebuah helikopter dilaporkan terhempas berhampiran Taman Melawati selepas bertembung dengan sebuah lagi helikopter di atas udara.


Ekoran dari kemalangan ini, dua mangsa, Mohamed Sabri Baharom yang juga bekas pegawai Tentera Laut Malaysia dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi telah meninggal dunia manakala dua lagi mangsa, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Eian terselamat selepas berjaya membuat pendaratan cemas di kawasan berhampiran.

Bangkaiheli1 1604837865

Untuk pengetahuan korang, kemalangan yang melibatkan helikopter jenis Guimbal Cabri G2 (G2CA) ini merupakan kemalangan pertama yang berlaku di Malaysia.

Namun, melalui carian internet, rupanya insiden yang berlaku semalam merupakan kemalangan ke 45 dan ke 46 yang berlaku melibatkan model yang sama. Kemalangan pertama berlaku di Baden, Jerman pada 19 April 2010, lapor The Star.

553

Tak cukup dengan itu, tahun ini saja ada lima kemalangan melibatkan model helikopter yang sama, dua di Amerika Syarikat, satu di Switzerland, satu di Poland dan 1 di Australia.

Helikopter yang dibuat oleh Syarikat Perancis, Guimbal ini lengkap dengan tiga bilah pemutar dan boleh terbang tanpa henti selama empat jam setengah dengan kelajuan maksimum 100 knot.

Sebentar tadi, Ketua Inspektor Kemalangan Udara, Izani Ismail mengatakan yang kedua mangsa yang terselamat akan dipanggil esok untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

 

Baca: Helikopter Terhempas Di Taman Melawati, 2 Maut Di Tempat Kejadian

Cats 16

Sumber: Harian Metro
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.