in

Insiden Di Itaewon Boleh Terjadi di M’sia, Netizen Imbas Kembali Situasi Sambutan Merdeka

tragedi itaewon boleh jadi di malaysia

Pilu masih menyelubungi rakyat di Korea Selatan berikutan kejadian rempuhan di Itaewon, Seoul, Korea semasa sambutan Halloween hujung minggu lepas yang meragut lebih 150 nyawa.

Tragedi ini telah menjadi perbualan hangat netizen di serata dunia yang meluahkan rasa simpati mereka terhadap keluarga mangsa yang terlibat dan saling mengingatkan bahawa kejadian seperti ini mampu berlaku di mana-mana saja.

1796947
Sumber: The Star

“Andai kata kejadian yang berlaku di Itaewon terjadi di Malaysia…” 

Kejadian yang berlaku di Itaewon itu telah membuatkan seorang pengguna TikTok @amyraherman mengimbas kembali situasi yang berlaku ketika sambutan kemerdekaan negara kita pada Ogos lepas.

Menurutnya, perkara yang sama boleh juga terjadi di Malaysia disebabkan situasi yang padat dan sesak dengan orang ramai yang ingin ke Dataran Merdeka dan ia hampir serupa dengan apa yang berlaku di Itaewon.

https://www.tiktok.com/@amyraherman/video/7160580377646517531?_r=1&_t=8WxzawpMATK&is_from_webapp=v1&item_id=7160580377646517531

Apa yang berlaku lebih kurang sama. Masa ni baru turun dari train nak keluar ke Dataran. Ramai-ramai bersesak berhimpit tolak menolak sebab ada 1 je jalan keluar. Allah je tahu perasaan time ni macam mana.

“Dengan suara baby menangis sana sini sebab panas, bising tak selesa, orang ramai menjerit marah-marah sebab kena tolak paksa untuk jalan ke depan tapi…

“Tapi Allah sebaik-baik perancang, Allah masih bagi peluang & panjangkan umur kita semua. Tak boleh bayang andai kata apa yang terjadi di Itaewon tu terjadi dekat kita time ni. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

“Betul saya pun alami masa merdeka tu. Nasib sekejap je” 

Perkongsian pengguna TikTok ini mendapat lebih dari 13,000 likes dan kebanyakan netizen setuju dengan apa yang dikatakannya.

Ramai yang berkongsi pengalaman ketika ke dataran pada Hari Kemerdekaan lepas dan berasa trauma dengan situasi berhimpit serta berasak beramai-ramai ketika di sana.

merdeka
Sumber: TikTok

Oleh sebab itulah penting untuk kita sentiasa alert dengan keadaan sekeliling dan kalau dah nampak macam makin padat dengan orang tu, lebih baik elakkan. 

Baca: Tragedi Itaewon: Ini Apa Yang Korang Boleh Buat Untuk Elak Rempuhan Ketika Hadiri Acara Besar

ftcyvubhijo