in

“Innalillah” – Adik Kepada Bekas Juara Mentor Maut Dibunuh Teman Lelaki Sendiri?

Featured Image Lady

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini nama Puteri Caroline mungkin pernah hangat menjadi perbualan rakyat Malaysia apabila wanita berusia 28 tahun itu pernah menjuarai sebuah program realiti tv yang cukup sensasi iaitu Mentor musim keenam (Mentor 6).


Protege kepada Ella itu meraih gelaran juara program Mentor musim keenam yang berlangsung di Stadium Malawati dengan membawa pulang wang tunai RM100,000 serta trofi.

Caro
Sumber: mstar

Namun baru-baru ni, namanya kembali disebut setelah seorang wanita bernama Lady Caccabella Mohamad Kamel, 24, dipercayai adik kepada penyanyi tersebut telah dijumpai meninggal dunia akibat ditikam oleh teman lelakinya.

Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Kampung Padang Balang Sentul, Kuala Lumpur.

Mengikut kenyataan media daripada Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, pada mulanya ada seorang wanita telah membuat laporan polis menjumpai mayat seorang wanita dalam sebuah rumah.

Identiti si mati telah dikenalpasti, si mati berbangsa Melayu dan berumur 24 tahun serta berasal dari Tanah Merah, Kelantan.”

Tanpa membuang sebarang masa, pihak polis telah hadir ke lokasi kejadian dan telah membuat pemeriksaan keseluruhan rumah tersebut dan hasilnya menjumpai 1 mayat perempuan terbaring di atas katil dengan punyai kesan tikaman pada perut.

Ep72Zycvuaes9Nq
Sumber: twitter

Teman lelaki nak bunuh diri?

Pada masa yang sama, seorang suspek yang juga teman lelaki si mati berumur 43 tahun berada di tempat kejadian telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana telah muntah darah dan sesak nafas akibat cuba meminum cecair pencuci lantai.

Suspek dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan kini masih terima rawatan di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur.

Suspek akan ditahan untuk siasatan lanjut. Semakan rekod lampau suspek telah dibuat dan didapati negatif.

Motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Polis Kuala Lumpur memohon supaya orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian di atas diminta segera tampil menyalurkan maklumat.

Ep72Zyiu4Ait Ic
Sumber: twitter

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un, semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman.

 

Baca: “Bapa dia pun pembunuh” – Polis Jumpa Lebih 288 Serpihan Tulang, Anak ‘Businessman’ Rupanya Seorang Pembunuh Bersiri

Kaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.