in

Inkues Zara Qairina: Zara Pernah Mengadu Kepada Ibunya Diejek Pelajar Senior

zara qairina mengadu diejek pelajar senior sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saksi pelajar dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada hari ini mendedahkan bahawa mangsa pernah mengadu kepada ibunya mengenai tekanan dan ejekan daripada pelajar senior di sekolah.

Saksi yang kini bekas pelajar tingkatan satu di SMKA Tun Datu Mustapha, memaklumkan sekitar Mei lalu, Zara ada meminjam kad ‘calling’ miliknya untuk menghubungi ibunya ketika minggu peperiksaan pertengahan tahun.


Menurut saksi, dia terdengar perbualan antara Zara dan ibunya, di mana Zara mengadu bahawa seorang pelajar senior serta beberapa rakan lain sering bercakap buruk tentang dirinya.

“Terdapat pelajar tingkatan dua yang tidak menyukai Zara kerana dia gemar mencatat nama pelajar yang tidak menunaikan solat,” katanya.

Artikel berkaitan: “Anak Mahathir, anak Mahathir” – Saksi Dakwa Zara Qairina Selalu Jadi Mangsa Ejek & Body Shaming

Artikel berkaitan: Inkues Zara Qairina: Saksi Dakwa Nampak Zara Terj*n Dari Aras 2

Screenshot 2025 08 01 at 10.33.4

Saksi menyatakan kali terakhir dia bertemu Zara adalah pada 6 Julai 2025 di surau sekolah ketika waktu Zohor.

Katanya, Zara pada ketika itu bertugas sebagai badar dan sedang mencatat nama pelajar yang tidak solat.

Menceritakan tentang malam kejadian sebelum insiden kematian Zara, saksi mendakwa mendengar suara pelajar junior menjerit “emergency, emergency!” kerana ada dompet seorang pelajar telah hilang.

Pelajar tersebut menyatakan bahawa jika dompet itu tidak dijumpai, ibunya akan memindahkannya ke sekolah lain.

Tidak lama kemudian, pelajar sama mendakwa dompet telah dijumpai dan menuduh Zara sebagai pencuri.

Saksi turut mendakwa pada malam sama, dia mendengar beberapa pelajar bercakap buruk tentang Zara, termasuk menggelarnya “sok-sok Badar”.

Menurut laporan, pendengaran inkues akan bersambung Isnin depan, dengan sembilan guru dan pengetua SMKA Tun Datu Mustapha dijangka memberi keterangan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.