in

“Inilah sportsmanship” – Atlet Greece, Athanasios Prodromou Terima Pujian Lepas Bantu Abdul Latif Romly Yang Alami Kesakitan

2Atlet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia telah berjaya membawa pulang emas ketiga Paralimpik Tokyo 2020 menerusi atlet lompat jauh, Abdul Latif Romly. Beliau berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya sebelum ini di Paralimpik Rio 2016.


Namun, ketika bersaing merebut emas, Latif mengalami sedikit kecederaan di pangkal peha yang menyebabkannya terpaksa berehat sebentar di atas kerusi roda. Apa yang menarik ialah, seorang atlet dari Greece Athanasios Prodromou memberikan bantuan dan cuba menenangkan atlet negara kita. Korang boleh tengok video yang dikongsi @ASTROARENA kat bawah ni.

 

Semangat kesukanan!

Memang terbaik lah atlet dari Greece ni yang datang tolong atlet kita. Dia yang paling awal pulak tu sampai. Siap tolong panggil team perubatan lagi.

Screenshot 2021 09 05 At 12.09.08 PmTerbaik lah Athanosios Prodromou ni. Kita yang tengok dekat rumah pun terharu, Latif sendiri mesti terharu ada orang tolong dia sampai macam tu sekali.

Screenshot 2021 09 05 At 12.09.22 PmKalau tengok video kejadian ni, memang dia lah yang sampai kat Latif dulu. Siap bagi isyarat untuk team medical datang cepat-cepat pulak tu. Memang another level punya sportsmanship!

Screenshot 2021 09 05 At 12.09.51 PmBetul, tak rugi pun pamerkan semangat kesukanan macam ni. Semua orang happy. Dia pun dapat pingat perak. Terbaik lah!

Tahniah juga diucapkan Abdul Latif Romly yang berjaya bawa pulang emas ketiga untuk Malaysia dalam Paralimpik Tokyo 2020. Anda adalah wira kami!

 

Baca: Tewaskan Pemain No. 1 Dunia,  Liek Hou Sumbang Emas Kedua Negara Di Sukan Paralimpik Tokyo

Screenshot 2021 09 05 At 12.12.26 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.