in

Inilah Produk Penjagaan Kulit Lokal Yang Bagus di Malaysia. TANPA MERKURI, TANPA PARABEN!

Hello

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda seorang yang pentingkan kecantikan? Mesti isu produk penjagaan kulit yang dihasilkan seorang instafemes baru-baru ini mendapat perhatian anda. Tohmahan dan kritikan yang dilemparkan netizen terhadap pengasas produk ‘timbang kilo’ ini ada benarnya kerana kualiti dan keberkesanan produk tersebut masih samar-samar untuk kegunaan awam.

Namun jangan risau! Buat apa berbelanja lebih untuk produk yang belum tentu bagus kualitinya sedangkan ada produk tempatan yang jelas-jelas terbaik dan bertaraf antarabangsa yang boleh anda cuba.


Pernah dengar tentang COSMODERM? Tahukah anda, Cosmoderm merupakan produk hasil anak tempatan yang bukan sahaja selamat digunakan tetapi juga tidak terlalu mahal. Berikut antara sebab mengapa anda perlu cuba jenama lokal yang hebat ini:

 

1. Harga mampu milik dan ada kelulusan halal

Img 0921
sumber: blog

“Produk timbang kilo tapi harga bukan main mahal!” Itulah rungutan yang kita selalu dengar daripada pengguna tegar produk tempatan. Namun, jangan risau kerana produk Cosmoderm tidak begitu. Diasaskan pada tahun 2001, produk ini mempunyai harga dalam lingkungan RM5.90 sehinggalah RM59.90. 

Malah yang paling penting, produk ini telah disahkan halal dan bermatlamat untuk menjadi jenama halal pilihan di ASEAN serta negara muslim lain menjelang tahun 2020. Wah! 

 

2. Kandungan produk daripada bahan aktif tulen dan berkualiti

Cosmoderm Skincare Jerawat 2
sumber: blog

Bila bercakap tentang produk penjagaan kulit, perkara pertama yang ditanya pengguna ialah kandungan bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. Menurut laman rasmi Cosmoderm, produk ini telah menggunakan bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.

Perkara paling utama dan menjadi kerisauan ramai orang adalah paraben! Ye, Cosmoderm tidak menggunakan bahan berbahaya seperti paraben yang mampu merosakkan kulit.

 

3. Produk diformulasi olah sekumpulan dermatologis dari Perancis

Cosmoderm Travel Set 1
sumber: blog

Demi memenuhi kehendak pengguna Asia, produk Cosmoderm yang diformulasi sekumpulan pakar penjagaan kulit dan dermatologis dari Perancis ini telah mengambil kira keperluan kulit pengguna tempatan. Bauan, rasa dan tekstur setiap produk telah pun diuji dengan teliti kepada wanita di Asia yang tinggal di kawasan beriklim tropika.

Meskipun mempunyai pasukan R&D dan kualiti yang baik, produk Cosmoderm masih boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan. Berbaloi-baloi kan? 

 

4. Sasar kepada tiga jenis kulit iaitu berminyak, kering dan normal

Cosmoderm Event Tea Tree Oil 1
sumber: blog

Memahami keperluan pengguna tempatan, Cosmoderm telah mengeluarkan beberapa siri produk yang menyasarkan kepada pelbagai masalah yang dialami pengguna. Antaranya ialah produk untuk kulit berminyak dan berjerawat, normal atau kombinasi, kering dan matang, pemutihan, perlindungan matahari, parut dan penjagaan mata. Selain itu, Cosmoderm juga mempunyai set penjagaan badan yang meliputi losyen badan sehinggalah pembersih bahagian intim wanita.

Pun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna di blog, produk Cosmoderm boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu berminyak, kering dan normal. Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, anda disyorkan memakai set Tea Tree Oil. Manakala bagi yang berkulit normal dan parut pula, bolehlah memakai Vitamin E-Series. Untuk yang berkulit kering dan matang, anda kemungkinan lebih sesuai memakai produk Gentle Series.

20161008 190959
sumber: blog

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh saja bertanyakan sendiri kepada staf Cosmoderm di laman Facebook mereka. Mereka memang aktif menjawab segala persoalan mengenai masalah kulit.

 

5. Kini berada di hampir 2000 farmasi di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Lebanon

Img20151005180731 1
sumber: blog

Dalam diam, Cosmoderm kini sudah 17 tahun bertapak dalam industri halal dan kosmetik. Seiring dengan produk jenama antarabangsa yang lain, produk buatan anak Malaysia ini telah dijual kepada hampir 2000 farmasi, kedai kesihatan dan klinik di seluruh negara termasuklah di Singapura dan Lebanon.

Malah produk pembersih intim wanita manjakani pula sudah menembusi pasaran Lebanon sejak tahun 2012 lagi. Wow boleh tahan! 

 

6. Mendapat maklum balas yang baik di media sosial

Img 7376
sumber: blog

Kalau betul-betul nak tahu sama ada produk tersebut baik atau tidak, cubalah tanya pendapat jujur daripada pengguna! Menerusi pemerhatian kami, rata-rata pengguna Cosmoderm sangat berpuas hati dengan kesan yang diperolehi selepas menggunakan produk berkenaan.

Kebanyakan mengakui Cosmoderm banyak membantu menyelesaikan masalah jerawat dan parut lama akibat kesan jerawat. 

1 2

 

Whatsapp Image 2018 01 25 At 12.20.42 Pm1

Whatsapp Image 2018 01 25 At 12.20.43 Pm
sumber: twitter

Malah ada juga yang menggunakan Cosmoderm untuk mengurangkan rasa gatal kepada anak yang mengalami demam campak. Wah bagus ni! 

00
sumber: cosmoderm

Berikut antara maklum balas pengguna lain yang anda boleh rujuk jika masih rasa ragu-ragu untuk mencuba produk ini.

Whatsapp Image 2018 01 25 At 12.20.44 Pm

Whatsapp Image 2018 01 25 At 12.20.43 Pm1

Whatsapp Image 2018 01 25 At 12.20.41 Pm
sumber: twitter

Jadi bagaimana? Inginkan kulit bersih dan flawless tapi tak perlu banyak keluarkan wang? Cubalah Cosmoderm! Anda juga boleh dapatkannya secara dalam talian di sini.

Baca: Padah Beli Produk Online! Muka Wanita Ini Mula Membengkak, Pedih dan Kemerahan

Kulit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.