in

“Inilah akhlak sebenar” – Terharu Dengar Ucapan Pelajar Tahfiz Sembuh COVID-19 Kepada Frontliners

Untitled Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kita telah mendengar pengalaman pasukan perubatan yang diberi amanah menguruskan kumpulan pesakit daripada kluster perhimpunan tabligh Masjid Sri Petaling.



Mudah beri kerjasama, berbudi pekerti dan tidak pernah merungut. Ini antara sikap geng tabligh yang telah memudahkan urusan pasukan perubatan, sehingga ada petugas menyifatkan pengalaman merawat jemaah ini telah meninggalkan kesan mendalam dalam diri mereka.

Kali ini, tular pula rakaman video ucapan perpisahan sekumpulan wakil pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling. Ia ditujukan khas buat petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga kebajikan dan kesihatan mereka, sepanjang tempoh dikuarantin di Insititut Sosial Malaysia.

Rakaman tersebut dikongsi seorang pengguna Twitter.

Sebaknya dengar, dan dari ucapan tersebut tergambar jelas betapa merendah diri dan luhurnya budi pekerti mereka. Siap mohon maaf lagi jika ada waktu-waktunya mereka tidak dapat memberi kerjasama yang baik kepada pihak yang menjaga mereka.

Petugas frontliners yang mendengar pula dilihat sehingga ada yang tertunduk, mungkin sedang menahan sayu. Malah, perasaan sama turut dikongsi oleh rata-rata netizen yang tersentuh melihat video tersebut.

A 4

B 5

D 3

23 Mac lalu, Astro Awani melaporkan seramai 132 pelajar madrasah ini yang hadir ke perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada penghujung Februari dipindahkan ke Institut Sosial Malaysia untuk menjalani proses kuarantin.

 

Baca: “Sudah-sudahlah kecam” – Nurse Ceritakan Detik Sebak Saat Mengendalikan Jemaah Tabligh Yang Dikuarantin Covid-19

Capture 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.