in

“Ini semua fitnah!” – Isu Perlekeh Golongan B40 Dan M40 Dalam Instagram, Vivy Yusof Saman Netizen

dd 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak masa awal-awal PKP dulu, ada segelintir selebriti yang komen tentang bantuan yang kerajaan sediakan tidak membela nasib golongan seni?

Rata-rata netizen lantang memberi komen bahawa golongan artis juga masih rakyat biasa dan boleh sahaja memohon bantuan sedia ada.


Tidak lama kemudian, nasib yang sama juga menimpa pengasas FashionValet dan dUCK Group, Datin Vivy Yusof yang pernah mengulas di Instagram berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat COVID-19.

d1 3 1

 

Vivy saman netizen

Kenyataan tersebut telah disalah anggap oleh netizen sehingga ada seorang individu yang dikenali sebagai Alia Najwa Hassannudin dengan berani menerbitkan semula video rakaman tersebut di akaun Facebook dan Instagram peribadinya.

Dia secara salah telah mendakwa bahawa Vivy mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40, sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.

Alia juga telah memburukkan imej Vivy dengan mengatakan dia tidak bersimpati terhadap golongan B40 dan M40, bersikap angkuh, mementingkan diri sendiri dan tidak profesional serta hanya mementingkan keuntungan.

d3 3

Atas dakwaan yang dianggap fitnah itu, Vivy telah memfailkan saman fitnah menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun.

Kesan daripada penyataan fitnah itu juga telah membawa kepada pelancaran satu petisyen di laman web bagi mendesak plaintif dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan berkenaan dan petisyen tersebut telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna Internet sejak dilancarkan.

d2 4 1

 

Cuba berunding sebelum ini tapi gagal

Ikon fesyen itu memaklumkan bahawa satu surat tuntutan telah dikeluarkan kepada Alia dan menuntut supaya beliau berhenti menerbitkan sebarang penyataan fitnah terhadap Vivy di laman sosial.

Surat itu dilaporkan telah dibalas namun tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Vivy.

Ekoran itu, pihak Vivy membuat keputusan untuk menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta perintah supaya pihak Alia menyatakan satu permohonan maaf secara rasmi kepada Vivy.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datin Rohani Ismail dan hasil semakan mahkamah, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Oktober ini, lapor Berita Harian.

d 2 1

 

Lepas ni korang fikir dulu sebelum komen. Selebriti pun manusia juga. Min selalu komen yang baik-baik je dekat Instagram artis favourite min. 

Baca: “Orang kaya jugak menang” – Lepas Dapat 230k Tandatangan, Tetiba Orang Buat Petisyen Vivy Yusof Ni Nak Delete Pulak?

d4 2

Sumber: Bernama
Sumber: Buletin TTKM
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.