in

Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual, ‘Pendakwah Terkenal’ Ke Bukit Aman Pagi Ini

Ustaz Terkenal Kes Gangguan Seksual Ke Bukit Aman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, viral di media sosial kisah mengenai seorang pendakwah terkenal dipercayai terlibat dalam kes gangguan seksual.


Menurut Sinar Harian, pendakwah terbabit katanya akan diambil keterangan hari ini di ibu pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau yang merupakan seorang pendakwah berusia lingkungan 30-an dan dipercayai dipanggil untuk membantu siasatan melibatkan kes gangguan seksual.

Ustaz Terkenal Ke Bukit Aman

Menurut sumber, ustaz terbabit dilihat telah hadir ke Bukit Aman menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux di pintu masuk utama Ibu Pejabat PDRM sekitar jam 8.59 pagi tadi.

Seorang individu memakai kopiah juga dilihat turun dari kenderaan tersebut, namun wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas.

Beberapa individu juga dilihat ‘mengepung’ seolah-olah mahu mengelak pendakwah itu dirakam orang luar serta media.

Siasatan ini dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

1172606

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi memaklumkan beliau akan memberi kenyataan media berhubung kehadiran pendakwah itu.

Dalam pada itu, berita mengenai pendakwah tersebut dilihat dikongsikan oleh beberapa pengguna media sosial termasuklah pendakwah Firdaus Wong Wai Hung.

PETALING JAYA: Seorang pendakwah terkenal dipercayai dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Wednesday, August 18, 2021

 

Perkongsiannya sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen hingga ada mula berspekulasi mengenai siapakah ustaz yang terbabit.

Komen Di Firdaus Wong

Apa-apapun kita tunggu siasatan dan kenyataan rasmi daripada pihak polis. 

Baca: “Kalau jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah” – Netizen Sejuk Hati Baca Komen Apek Untuk Ustaz Ebit Lew

Apek

Sumber: Kosmo
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.