in

“Ini realiti” – Lelaki ‘Wakilkan’ Kaum Adam Jelas Kenapa Suka Cakap ‘Kerja Biasa-biasa Je’

Page2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, lelaki ni sebenarnya lebih banyak memendam dari meluahkan. Ini kerana biasanya mereka tak tahu macam mana nak ekspresikan diri sendiri, atau kebanyakkan masa mereka rasa benda tu macam tak perlu pun.


Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok telah membuat satu pertanyaan yang menjadi buah mulut netizen, membawa persoalan ‘kenapa lelaki suka cakap kerja biasa-biasa je’? Familiar tak ayat tu?

Membalas video tersebut, seorang lelaki dengan nama gelaran Boss Rick tampil ‘mewakilkan’ kaum Adam untuk menjawab persoalan itu. Menurutnya, lelaki dikatakan lebih berpandu pada realiti ketika berborak berkenaan kerja.

Melalui perkongsian itu, lelaki ini dilihat tenang dalam memberi respon tetapi kata-katanya boleh dikatakan ‘pedas’ dan bersahaja. Dia turut menyatakan expectation dari pihak wanita biasanya tinggi. Tapi sure lah bukan semua perempuan macam tu, kan?

Lelaki ni dik, cakap salah tak cakap pun salah. Kalau dia cakap dia engineer, kau cakap macam mana, takkan engineer pakai Waja je? Kau tau tak engineer pergi kerja macam mana?”

Dia turut memberi contoh-contoh lain, di mana semua contoh kerjanya akan dibalas semua dengan soalan-soalan yang dikatakan ‘tak perlu’. Lelaki lebih relax dan kurang bertanya soalan pelik, tambahnya lagi.

Post tersebut disambut baik oleh netizen yang rata-ratanya terdiri dari kaum lelaki. Ada yang berterima kasih kepada Boss Rick kerana menyatakan apa yang tak tercakap oleh lelaki.

89

Ada juga yang beri penjelasan lanjut, di mana lelaki biasanya tidak yakin jika disoal berkenaan kerja. Insecure katanya…

10

Walau bagaimanapun, bukan semua kaum wanita suka menilai pekerjaan seseorang lelaki, seperti yang kita dapat lihat dalam komen ini.

11

See? Ramai lagi yang tidak mementingkan status atau pekerjaan pasangan mereka tanpa sedikit nilai judgemental. Walaupun abang tu ada point, tapi tak semua perempuan suka tanya soalan pelik-pelik, okay?

Sumber: Tiktok

Baca: [VIDEO] Viral GF Menangis Lepas Kena Soal ‘Kenapa Beli Air Mahal’, BF Akhirnya Buka Mulut

7

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.