in

Ini Penjelasan Ringkas & Jelas Tentang Hadanah, Wanita Perlu Ambil Tahu!

Collage 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, agak kecoh di media sosial apabila Puteri Sarah Liyana telah membuat keputusan untuk memfailkan permohonan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Wanita ini telah membuat tuntutan hak penjagaan terhadap dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 6, dah Sumayyah, 4.


Bagi yang tak biasa dengan undang-undang Mahkamah Syariah, korang mesti tertanya-tanya apa sebenarnya hadanah ni serta apa fungsi dan kesannya terhadap sesuatu keluarga?

Puteri Sarah Di Mahkamah Syariah

Jom min terangkan secara ringkas apa itu hadanah sebagai rujukan korang lebih-lebih lagi untuk wanita dan ibu di luar sana…

1. Apa itu hadanah?

Hadanah adalah hak penjagaan anak yang masih kecil yang tidak boleh menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan semasa dalam tempoh berkahwin atau selepas bercerai.

2. Siapa ada hak terhadap hadanah?

Hak seorang ibu ke atas anaknya adalah melebihi dari hak bapa dalam hadanah. Malah, menurut 81(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, ibu adalah orang yang paling berhak bagi menjaga anak kecilnya, tidak kira sama ada ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

3. Siapa yang akan tentukan hadanah?

Jika berlakunya isu perebutan anak sehingga menimbulkan kezaliman atau pengabaian terhadap anak yang masih kecil atau timbul perselisihan mengenai hadanah, Mahkamah Syariah merupakan pihak yang mempunyai autoriti dalam memutuskan hadanah.

Antara perkara yang akan diberikan pertimbangan utama ketika membuat keputsan adalah:

  • Kebajikan kanak-kanak tersebut
  • Kemahuan ibu bapa kanak-kanak
  • Kemahuan kanak-kanak itu sekiranya dalam peringkat umur yang boleh memberikan pendapat

4. Syarat Mahkamah semasa membuat perintah hadanah

Untuk pengetahuan korang, Mahkamah Syariah berhak untuk mengenakan syarat yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak. Antaranya:

  • Tempat kanak-kanak itu akan tinggal dan pelajarannya
  • Menyediakan peruntukan bagi kanak-kanak itu berada buat sementara dalam pemeliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi hak jagaan kanak-kanak
  • Menyediakan peruntukan bagi kanak-kanak itu untuk melawat ibu atau bapa yang tak diberi jagaan dalam masa yang difikirkan munasabah
  • Memberi ibu bapa yang tidak diberi hak jagaan untuk berjumpa dan melawat anak itu pada masa-masa dan seberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh mahkamah
  • Melarang orang yang diberi jagaan membawa anak keluar dari Malaysia

5. Kelayakan seseorang untuk diberikan hak hadanah

Kelayakan untuk seseorang diberikan hak hadanah adalah seperti:

  • Beragama Islam
  • Baligh dan sempurna akal
  • Umur yang layak untuk memberikan anak-anak tersebut kasih sayang dan pendidikan yang sempurna
  • Tinggal di tempat yang menjamin anak-anak ini tidak menghadapi kesan buruk dari segi akhlak atau jasmani

Image

6. Siapa yang layak mendapat hak hadanah sekiranya ibu hilang kelayakan?

Jika dalam satu keadaan seseorang ibu itu hilang kelayaan hak penjagaan ke atas anak-anaknya, ini adalah susunan hak penjagaan mengikut keutamaan:

  • Nenek sebelah ibu hingga ke atas
  • Bapa
  • Nenek sebelah bapa hingga ke atas
  • Kakak atau adik perempuan seibu sebapa
  • Kakak atau adik perempuan seibu
  • Kakak atau adik perempuan sebapa
  • Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa
  • Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seiu
  • Anak perempuan daripada kakak tau adik perempuan sebapa
  • Emak saudara sebelah ibu
  • Emak saudara sebelah bapa
  • Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuary

Tukar Gender 1

7. Perkara yang boleh gugurkan hak mendapatkan hadanah

Biasanya ibu adalah yang paling berhak untuk mendapatkan hak penjagaan anak yang masih kecil, namun begitu hak ini akan gugur sekiranya:

  • Jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan anak-anak dan lelaki tersebut bukan muhrim dengan anak
  • Jika perempuan berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
  • Jika perempuan menukar pemastautinnya dengan tujuan untuk mencegah bapa dari menjalankan pengawasan yang perlu, kecuali isteri bercerai boleh mengambil anak ke tempat lahir isteri
  • Jika perempuan itu murtad
  • Jika perempuan itu cuai atau menganiaya anak-anak

8. Tempoh hadanah

Tempoh hadanah ini akan tamat selepas seorang kanak-kanak itu mencapai umur mumaiyiz iaitu tujuh tahun untuk kanak-kanak lelaki dan sembilan tahun untuk kanak-kanak perempuan.

Kalau korang nak tahu, selepas tempoh hadanah tamat, jagaan turun kepada bapa dan jika kanak-kanak telah mencapai umur mumaiyiz, mereka berhak memilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa melainkan mahkamah memerintahkan selainnya.

9. Hak hadanah kepada anak tak sah taraf

Hak penjagaan anak yang tak sah taraf adalah pada ibu atau saudara-mara ibu.

10. Apa yang korang perlu buat untuk tuntut hadanah?

Sekiranya korang nak dapatkan khidmat Jabatan Bantuan Guaman, korang perlu sediakan beberapa dokumen, antaranya:

Butir-butir Perkahwinan

  • Surat Nikah Asal/Surat Cerai
  • Sijil Kelahiran Anak-anak.

Butir-butir pihak kena tuntut

  • Nama/alamat/pekerjaan suami/isteri
  • Nama/alamat majikan suami/isteri

Laporan-laporan berkaitan

  • Runding cara
  • Laporan perubatan
  • Laporan Polis
  • Saksi
  • Penyata gaji suami/isteri
  • Perakuan daripada majikan suami/ isteri
  • Penyata KWSP suami/isteri
  • Bukti berhubung dengan pertukaran alamat
  • Dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan, jika ada.

Korang juga boleh menghubungi mana-mana cawangan Jabatan Bantuan Guaman berdekatan atau hubungi Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman di:

IBU PEJABAT
JABATAN BANTUAN GUAMAN ARAS 1, BANGUNAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG
PRESINT 3, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62692 PUTRAJAYA
NO. TELEFON : 03-88851000
NO. FAKSIMILE : 03-88851829/1830/ 1831
LAMAN WEB : www.jbg.gov.my

Min harap, artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan tentang hadanah dan secara tak langsung dapat membantu orang yang memerlukan.

Sumber: JBG

 

Baca: “Semua peninggalan arwah difaraidkan” – Balu Abam Lega Kes Faraid Selesai, Kini Tinggal Urusan Tuntutan Penjagaan Anak

Faraid Dayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.