in

“Ini bukan cara kita layan atlet” – Hannah Yeoh Pertahan Cheah Liek Hou

syaz ft 2025 09 19T100816.771

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil lantang mempertahankan Liek Hou selepas Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan sebelum ini bahawa mereka bersedia untuk mengambil tindakan terhadap pemain para badminton itu kerana meluahkan rasa tidak puas hatinya di media sosial.

Liek Hou telah mengkritik MPM kerana gagal menunaikan janji memberi ganjaran RM60,000 kepadanya selepas memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Paris setahun lalu.


Artikel berkaitan: “Dah menang satu pingat!” – Kenali Atlet Para Yang Mewakili Malaysia Dalam Paralimpik Paris 2024

Artikel berkaitan: Hannah Yeoh Perjelas Terdapat Pakaian Rasmi Lain Bagi Acara Perbarisan Olimpik Paris

Bagaimanapun, Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menafikan bahawa pihaknya pernah berjanji untuk memberikan RM60,000 kepada pemain berusia 37 tahun itu.

Malah, memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Liek Hou atas alasan ‘memfitnah’ organisasi tersebut. Beliau turut berkata Liek Hou boleh digantung daripada menyertai temasya sukan utama.

“Penaja mahu menyokong dan meraikan pencapaian atlet, bukan sekadar memberikan dana kepada PCM.

Ini bukan cara untuk melayan Liek Hou yang telah mengharumkan nama Malaysia. Liek Hou adalah seorang atlet yang rajin berusaha. Setiap kali dia bertanding, dia membawa pulang pingat untuk Malaysia.

Dia tidak melanggar sebarang peraturan disiplin. Dia hanya menuntut apa yang telah dijanjikan setahun selepas memenangi emas di Paralimpik Paris.

Ini bukan isu disiplin, sebaliknya berpunca daripada kelewatan pihak MPM,” tulisnya dalam kenyataan di Facebook.

Sebagai info, Cheah Liek Hou telah meraih kejayaan di Sukan Paralimpik Paris 2024 apabila beliau memenangi pingat emas dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dengan menewaskan Suryo Nugroho dari Indonesia dengan keputusan 21-13, 21-15.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.