Bahang kehangatan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin dirasa, pergi kemana-mana dah banyak dimainkan lagu raya selain pusat beli belah dan jalan-jalan raya turut dipasang perhiasan bertemakan hari raya.
Selain itu, antara faktor yang menyebabkan raya tahun 2022 ini akan jadi antara yang paling meriah adalah orang ramai dibenarkan pulang ke kampung masing-masing setelah dua tahun ‘tersangkut’ gara-gara PKP.
Bila cakap pasal raya ni, salah satu perkara yang mesti menjadi perbincangan ialah warna baju raya! Ada sesetengah akan memilih warna-warna tertentu sebagai warna tema. Kalau korang belum tempah baju, mungkin dah terlambat.
Tapi, kalau nak beli, ini merupakan warna-warna yang ‘trending’ untuk dijadikan tema pakaian raya tahun ini.
Royal Blue
Merupakan salah satu warna ‘tahun lepas’. Tahun ini, royal blue dijangka akan kembali menjadi salah satu warna pilihan yang menjadi pilihan ramai jugak ni.
Baik lelaki atau perempuan, kalau pakai royal blue ni confirm nampak lebih segak sebab dia memberikan mood tegas daalam masa yang sama masih santai.
Kelly Green
Ada beberapa versi ‘nama’ hijau ni, yang penting tona warna ini agak kerap buat ‘kemunculan’ semasa London Fashion Week.
Pemakaian tona ini, walaupun ada sesetengah yang kurang bersetuju, ia akan mencerminkan keharmonian, membuatkan pemakai nampak lebih matang, mewah dan menampilkan sisi ‘sopan’ selain memberikan mood agak ceria dan menggembirakan.
Royal Fuchsia
Selain dari warna yang ‘hijau’ dan ‘biru’, warna Royal Fuchia yang mempunyai gabungan merah jambu dan ungu ini turut mencuri tumpuan pada pertunjukan fesyen dan dijangka menjadi trend warna baju raya 2022.
Berada dalam ‘keluarga’ merah jambu, warna ini nampak ‘mahal’, premium dan eksklusif. Confirm kalau ada baju berwarna ini, akan jadi perhatian ramai pada pagi raya nanti.
Kalau dah lepas raya nanti pulak, korang boleh pakai untuk majlis rumah terbuka atau re-union dengan kawan-kawan. Confirm gambar korang pun letops nanti.
Spicy Mustard
Ini merupakan warna yang ‘lari’ sikit dari keluarga Pantone.Pemilihan warna kuning ‘mustard’ ini boleh membuatkan diri kita menyerlah dan lebih WOW dari biasa. Dah terbeli baju warna lain? Tak ada masalah pun… Ikut citarasa masing-masing lah kan!
“Apa-apa pun, korang jangan lupa aksesori pelengkap macam butang baju melayu atau pin tudung ye. Baju dah cantik-cantik, tak ada dua ni, rasa janggal lah pulak.”
Kalau nak kelainan, korang beli je Jack ‘n Jill Potato Chips banyak-banyak dan tebus butang baju atau pin tudung edisi terhad kolaborasi dengan BEHATI, jenama yang terkenal komited untuk mengekalkan kraf tradisional Malaysia dengan menggunakan teknik budaya yang berbeza ke dalam koleksi diorang!
Senang je cara nak tebus, korang hanya perlu beli Jack ‘n Jill Potato Chips sebanyak RM12 dan ke atas dalam satu resit dan korang akan terima satu set butang baju melayu dan pin tudung daripada Jack ‘n Jill Potato Chips yang direka eksklusif dengan BEHATI.
Oh ye, korang dah boleh start tebus kesemua rekaan ni bermula 1 Mei ! Untuk maklumat lanjut, dapatkan info di laman web rasmi URC Malaysia, Facebook, ataupun Instagram.