in

“Ini adalah jalan terbaik” – Kedah Cadang Laksana PKPD di Kawasan Jangkitan Covid-19 Bagi Kluster Telaga & Sungai

Bb 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan kes penularan wabak COVID-19 tempatan yang semakin meningkat, pelbagai kluster baharu telah wujud lebih-lebih lagi di negeri Kedah dan Sabah.


Di Kedah, setelah Kluster Sivagangga diumumkan tamat, terdapat dua lagi kluster baharu yang diumumkan dan mencuri tumpuan iaitu Kluster Telaga dan Kluster Sungai.

Kedua-dua kluster ini menjadi kebimbangan kerana berlakunya peningkatan kes positif yang mendadak di kawasan tersebut dan sebahagiannya melibatkan petugas kesihatan.

Ekoran itu, Kerajaan Kedah akan mengemukakan cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di kawasan jangkitan COVID-19 bagi Kluster Sungai dan Telaga kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19.

B2 1 1

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan itu akan dibawa di dalam mesyuarat yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan beberapa agensi lain.

Penguatkuasaan PKPD ini juga dianggap adalah jalan terbaik apabila melihat keberkesanannya pada Kluster Sivagangga di Napoh dan Kluster Tawar di Amanjaya, Sungai Petani.

B 1

“Kalau ikut pengalaman kita, memang PKPD adalah kaedah paling berkesan. Kita bimbang kerana ia membabitkan petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan, kini ahli keluarga mereka pula terbabit”

“Rakyat sendiri berharap kerajaan negeri dapat ambil tindakan dan ini yang kita lakukan iaitu membuat syor dan menghantar segera kepada (MKN)”

B1 1 2

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 16 petugas kesihatan antara 26 kes positif Covid-19 dalam Kluster Sungai, daripada jumlah petugas kesihatan terbabit, seorang turut menjangkiti tujuh ahli keluarganya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya berharap rakyat Kedah dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga keselamatan diri daripada berada di luar rumah terlalu lama jika tiada keperluan, lapor Harian Metro.

 

Baca: HATI-HATI! 14 Lokasi Di Langkawi Ini Telah Dilawati Individu Positif Covid-19 Dari Kluster Sungai

Langawki

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Wikipedia
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.