in

Ini 7 Selebriti Terkenal Yang Tetap Sokong Palestin Walau Hilang Pekerjaan

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari demi hari, keganasaan Israel ke atas Palestin makin membimbangkan. Ramai dalam kalangan rakyat biasa yang syahid akibat serangan tak berperikemanusiaan itu.


Susulan itu, ramai penduduk dunia termasuklah golongan berpengaruh seperti selebriti turut mengambil pendirian untuk menyokong Palestin. Namun begitu, ada di antara dorang yang kehilangan pekerjaan hanya kerana bertindak sedemikian.

Akan tetapi, itu langsung tak menggoyahkan semangat dorang untuk terus sokong Palestin seperti selebriti-selebriti terkenal dekat bawah ni.

1. Susan Sarandon 

Z5

Mungkin generasi masa kini tak mengenalinya namun, pemenang Oscars ni amat dikenali suatu ketika dahulu. Dia merupakan pelakon handalan semasa eranya dan telah dinobatkan sebagai Best Actress selama lima tahun tau!

Namun begitu, dia telah digugurkan dari agensi bakatnya, United Talent Agency (UTA) kerana komennya pada perhimpunan pro-Palestin yang berlaku di New York City tahun lepas yang dianggap sebagai ‘menyebarkan keganasan’.

Walaupun begitu, dia tekad dengan pendiriannya dalam menyokong keamanan, kebenaran, keadilan dan belas kasihan terhadap semua orang terutama sekali yang berlaku di Palestin kini.

2. Melissa Barrera 

Intro 1701347851

Bagi siapa yang tonton siri filem Scream, korang mungkin kenal selebriti ini. Melissa merupakan salah seorang pelakon utama dalam francais tersebut di samping Jenna Ortega yang terkenal dengan watak Wednesday. Seperti Susan, dia turut dipecat dari kerja kerana menyokong Palestin secara terbuka.

Buktinya, dia kerap kali berkongsi hantaran di media sosialnya yang menggesa gencatan senjata dilakukan segera demi rakyat Palestin. Malah, dia juga repost satu artikel yang mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-beramai ke atas Gaza.

Disebabkan tu, Spyglass Media Group yang menerbitkan filem-filem Scream telah memecat Melissa daripada berlakon lagi dalam filem akan datang atas dakwaan yang post-nya itu dikatakan berbaur anti-Semitik. Pun begitu, dia masih tak henti-henti menyokong Palestin sehingga kini.

Artikel berkaitan: “Ada yang korang minat?” – Ini Segelintir Bintang K-pop Yang Didakwa Nyatakan Sokongan Pada Israel

3. Bella Hadid

Gettyimages 1669139139

Salah seorang selebriti dan model terkenal yang kuat menyokong Palestin, Bella Hadid turut mengalami nasib yang sama. Dulu, dia merupakan duta jenama fesyen terkemuka iaitu Dior namun, ada desas-desus mengatakan yang dia telah digantikan dengan seorang model dari Israel, May Tager apabila dia secara terbuka menunjukkan sikap pro-Palestinnya.

Walau bagaimanapun, Bella dikatakan telah tamat kontrak dengan jenama tersebut pada Mac tahun lalu. Pun begitu, dia pernah kata yang dia tak gentar kehilangan kerja peragaan dan akan tetap menyokong Palestin yang juga merupakan negara asal usulnya. Min bangga dengan Bella! 

4. Kaka Azraff

Cover Kaka

Artis Malaysia juga tak terlepas daripada kehilangan kerja atas sebab sokong Palestin. Kaka Azraff yang merupakan penyanyi terkenal tanah air pernah berada di bawah naungan label antarabangsa, Warner Music Malaysia Sdn. Bhd.

Namun, selepas komennya kepada seorang pelakon Australia yang pro-Israel tular, syarikat tersebut telah menamatkan kontrak Kaka atas alasan penggunaan bahasa yang kasar.

Walaupun begitu, ia dianggap satu benda yang betul kerana syarikat induknya, Warner Music Group itu telah mengeluarkan kenyataan menyokong Israel serta menggelar pasukan pejuang Palestin sebagai pengganas.

5. Maha Dakhil

Z6

Dia ni bukanlah seorang selebriti namun, merupakan seorang ketua dan salah sorang ejen paling top dekat Creative Artists Agency (CAA) di mana kliennya merupakan selebriti terkenal seperti Tom Cruise, Anne Hathaway dan Madonna.

Seperti yang lain, dia juga pernah kehilangan kerja atas sokongannya terhadap Palestin di media sosial. Walaupun masih dibenarkan menjadi ejen, dia tetap mengambil keputusan untuk letak jawatannya di syarikat itu.

Artikel berkaitan: Hanya Kerana Sokong Palestin, Pemain Bola Algeria Youcef Atal Dihukum Penjara 8 Bulan

6. David Velasco

Gettyimages 1052483680

David merupakan ketua editor bagi sebuah majalah seni, Artforum dari tahun 2017 sehingga diberhentikan pada tahun 2023. Sebabnya, dia telah dipecat oleh penerbit majalah itu setelah mengeluarkan surat terbuka yang menggesa gencatan senjata dilakukan demi rakyat Palestin.

Berikutan itu, banyak editor yang lain turut meletakkan jawatan dorang disebabkan pemecatan tak adil kepada David. Walaupun dah dibuang kerja, dia langsung tak menyesal dengan tindakannya itu dalam menyokong Palestin.

7. Steve Bell

131443830 Mediaitem131443829

Dia merupakan seorang kartunis terkenal yang banyak melukis kartun mengenai isu-isu politik yang berlaku. Dia juga pernah bekerja dengan syarikat akhbar terkenal, The Guardian dari tahun 1981 hingga 2023.

Kalau korang nak tahu, kontraknya bersama syarikat tersebut tidak akan diperbaharui atas sebab anti-Semitik kerana dia ingin menerbitkan sebuah ilustrasi yang menampilkan imej Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang sedang memotong perut sendiri dalam bentuk tanah Gaza.

Sumber: Newsweek

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.