in

Inginkan Jawapan, Kamal Adli Mahu Bersemuka Dengan Penyerang Lepas 2 Bulan Berkurung Di Rumah

Ft Kamal Nak Jawapan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan berdepan detik cemas apabila dipukul berkali-kali dan nyaris maut, pelakon, Kamal Adli akui masih trauma namun sedia datang ke Singapura apabila dipanggil untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan mahkamah.


Menurut Kamal, dia bersedia mengenepikan perasaan takut semata-mata untuk mendapatkan kepastian mengenai punca berlakunya insiden berkenaan oleh penyerang terbabit.

Tambahnya, jika diberi pilihan dia masih belum bersedia untuk menjejakkan kaki ke Singapura buat sementara waktu disebabkan trauma yang dialaminya.

3656Ba69 295D 443E 965D 7Be72B1Fe82F

“Sewaktu dipukul, saya ada tanya sebab apa dan dia senyap. Kerana itu saya tidak puas hati dan polis pula tidak menjelaskan secara terperinci, cuma memaklumkan berkaitan isu peribadi.”

“Saya hanya menunggu perbicaraan dan berharap dapat jawapan, adakah dia sendiri atau ada orang hantar untuk pukul saya,” katanya.

Menurut sumber, ini adalah kali pertama Kamal keluar rumah dan berdepan dengan pihak media selepas hampir dua bulan berkurung di dalam rumah.

Kamal meluahkan, insiden tersebut telah menjejaskan kerjaya dan juga kehidupannya kerana telah membuatkan dia berasa takut apabila berada di tempat umum serta membuatkan dia tidak percaya dengan orang sekelilingnya.

Berbalut Gambar Besar Kamal

“Rasanya sangat tidak seronok disebabkan saya lebih banyak berkurung di rumah. Saya pula jadi suri rumah, isteri keluar bekerja. Sepanjang dua bulan ini saya terpaksa lupakan beberapa tawaran kerja yang telah dipersetujui,” jelas Kamal.

Pada 13 Mac lalu, Kamal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi di Singapura.

Sumber : Kosmo!

Baca : “Selepas penilaian psikiatrik” – Suspek Kes Pukul Kamal Adli Tak Dibenarkan Diikat Jamin

Pelaku Kamal Adli Tak Ikat Jamin 728X383 1

Sumber: Kosmo!
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.