in

“Ingatkan mak aku sorang je macam ni” – Wanita Tunjuk Cara Mak-mak Mandikan Anak, Ramai Netizen Boleh Relate

Ft Mandi Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara pengalaman yang paling berharga sewaktu zaman kanak-kanak korang mestilah seronok dimandikan oleh mak sendiri bukan?


Bukan setakat dimandikan, malah turut dipakaikan baju, dibedak, disuap makan dan sebagainya adalah memori-memori yang tak dapat dilupakan tentang indahnya zaman kanak-kanak yang tak mungkin boleh diputar kembali.

Menerusi sebuah klip video yang tular di media sosial ini, korang mungkin boleh terkenang kembali saat-saat indah dimandikan oleh mak, malah mungkin juga video ini boleh ‘relate’ dengan ‘perangai’ mak-mak sewaktu memandikan korang sewaktu kecil dahulu.

 

Tunjuk cara mak-mak mandi anak guna patung mannequin

‘Lakonan’ semula yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok ini memperlihatkan gambaran sebenar bagaimana seorang ibu memandikan anaknya yang berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya boleh relate dengan situasi ini.

Wanita berkenaan telah menggunakan patung mannequin yang membawa ‘watak’ sebagai anak yang sedang dimandikan oleh ibunya.

Feat Mandi Basuh Muka

 

‘Agresif’ mandikan anak, siap sabun sampai muka

Apa yang melucukan, wanita itu kelihatan begitu ‘agresif’ sewaktu memandikan ‘anaknya’ itu dengan menyapu sabun dengan agak kasar sehingga ke bahagian muka. Bukan itu sahaja, dia turut menyuruh ‘anaknya’ itu memejamkan mata saat dia ‘khusyuk’ menenyeh sabun itu pada keseluruhan mukanya.

Feat Sabun Sampai Muka

Tidak berhenti setakat itu, wanita itu juga menyuruh ‘anaknya’ itu untuk menghembuskan hidung sebelum menuang air dari dalam cerek ke atas kepala patung tersebut sambil terus membebel memarahi ‘anaknya’.

 

Siap campak tuala ke kepala ‘anak’

Sesudah selesai memandikan ‘anaknya’ itu, wanita itu siap mencampak pula sehelai tuala ke kepala patung itu seolah-olah menyuruhnya untuk mengeringkan diri sendiri.

Nah, ambik tuala ni!

 

Ramai netizen boleh relate

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih sebanyak lebih daripada 23 juta views! Rata-rata netizen bersetuju dengan gambaran yang ditunjukkan oleh wanita itu apabila masing-masing meluahkan pernah mengalami pengalaman yang sama apabila dimandikan oleh ibu mereka sewaktu kecil dahulu.

@victoriaadeyinkaa

this was getting so messy so I gave up and just posted this? #fyp #foryou 

♬ original sound – Victoria Adeyinka

 

“Ingatkan mak aku sorang je macam ni” – Netizen

Tiktok Komen 4

Mak min pun macam ni siap bedak sapu kat muka dah macam tepung gomak. 

Baca: Gelagat Lucu Bila Bapa Jaga Anak, Sampai Tersangkut Baju Dekat Kepala, Mak Buat Elok Je

Baca Mandi

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.