in

“Ingatkan budak kecil”-[VIDEO] Ayah Datang! Abang-Abang Lari Lintang Pukang Lepas Kantoi ‘Berendam’ Dalam Lumpur

Cats 83

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat tak waktu zaman kanak-kanak dulu korang selalu main dekat luar waktu petang-petang, lepas itu kena marah dengan mak sebab tak pakai selipar. Bukan apa, baru la feel main tak pakai selipar ni, betul tak?


Budak zaman sekarang pula jarang main dekat luar waktu petang macam dulu-dulu. Sekarang ini diorang lagi banyak duduk rumah main game dekat gajet, tak pun tengok Youtube dekat telefon.

Agaknya sebab rindu zaman kanak-kanak, ada sekumpulan abang-abang yang sudah dewasa pergi main dekat luar rumah siap tak pakai selipar lagi.

 

Seronok main lumpur, tiba-tiba ayah datang

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Sharif Dazni Suhaimi di Tiktok baru-baru ini, dia berkongsi kisah tentang adik-beradik dia yang kantoi berendam dalam lumpur di kawasan belakang rumah.

@sharifdaznisuhaimi

main lumpur gais? @faisal.suhaimi @faizaldanialsuhaimi

♬ original sound – SHARIF DAZNI SUHAIMI – SHARIF DAZNI SUHAIMI

Tengah seronok main lumpur, tiba-tiba ayah diorang datang naik kereta Axia warna putih. Terus lari lintang pukang diorang balik rumah. Memang lari tak cukup tanah weh.

“Sep aku main selut (lumpur) tiba-tiba bapak aku datang.”

Lebih menghiburkan bila diorang lari tak pakai selipar selepas itu masing-masing tahan sakit bila lalu dekat jalan tar yang berbatu-batu.

Lari Tak Pakai Selipar

Sampai di rumah, diorang terus cepat-cepat bersihkan badan yang penuh dengan lumpur guna air sebab takut kena marah dengan ayah nanti.

Memang kelakar gila weh diorang.

Bersih

 

Ramai ingatkan budak kecil

Di ruangan komen, ramai yang terhibur tengok gelagat adik-beradik itu dan diorang pun tak sangka yang orang dalam video itu abang-abang rupanya. Ramai yang ingatkan budak kecil dalam video itu.

Whatsapp Image 2021 06 23 At 1.56.54 Pm

Diorang rindu la tu nak main macam zaman budak-budak dulu. 

 

Sumber: Sharif Dazni Suhaimi

Baca:”Dekat tapi jauh”-[VIDEO] Nak Keluar Tak Boleh, Ibu Terhibur Tengok Anak Buat Kawan Dekat Balkoni Rumah, Siap ‘Show Off’ Baju Elsa

Capture 53

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.