in

“Ingat papanya balik, tapi…” – Wanita Kongsi Momen Cemas, Penculik Rentap Anak Depan Pintu Rumah

Ft Culik Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni semakin banyak kita dengar tentang kisah penculikan kanak-kanak yang berlaku di depan rumah masing-masing bukan. Walaupun anak kecil hanya bermain di hadapan rumah, namun masih juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa gara-gara penculik kini yang semakin berani menggunakan taktik penculikan yang agak ‘daring’ .


Baru-baru ini, berlaku lagi kejadian yang sama dimana seorang wanita hampir-hampir sahaja kehilangan anaknya dalam cubaan menculik di depan pintu rumahnya sendiri!

Bukan setakat itu, penculik itu malah tidak gentar untuk melakukan perkara itu secara terang-terangan ketika wanita itu dan beberapa orang ahli keluarganya yang lain turut berada di dalam rumah berkenaan.

Alamak, berani mati betul penculik ni.  

 

Pintu grill selalu berkunci, tapi saudara datang melawat

Menurut perkongsian yang telah dimuat naik oleh wanita ini di laman Facebooknya @Rehana Ahmad, kejadian cubaan menculik anaknya itu berlaku pada 21 Disember 2020 yang lalu sekitar jam 6.30 ke 6.50 petang. Menurut wanita itu, pintu grill rumahnya kebiasaannya selalu ditutup dan dimangga. Namun, pada waktu itu, pintu itu dibiarkan terbuka disebabkan ahli keluarganya yang lain ada datang melawat.  

Disebabkan jumlah mereka agak ramai, maka wanita itu sengaja membiarkan pintu terbuka. Anaknya yang dikenali sebagai Aryan pada ketika itu sedang menunggu bapanya pulang dari tempat kerja di hadapan pintu grill yang sengaja dibuka manakala, dia dan ahli keluarganya yang lain sedang duduk berborak di meja makan sambil mata tidak lepas daripada memandang anaknya yang berada di pintu.

Culik Pintu

 

Nampak bayang balik tingkap nako rumah

Secara tiba-tiba salah seorang ahli keluarganya ternampak bayang seseorang yang memakai baju pink melalui cermin tingkap nako rumah. Pada awalnya, mereka berpendapat bapa si Aryan yang baru pulang dari kerja. Namun mereka berasa pelik disebabkan bayang-bayang itu hanya seorang sedangkan kebiasaannya suaminya balik berdua dengan seorang lagi ahli keluarganya yang lain.

Mula-mula ingat papanya balik, tapi pelik kenapa seorang, sebab selalunya dengan adik seorang lagi. 

 

Tangan anak direntap depan mata

Mendengar tangisan Aryan, mereka terus menjerit dan ternampak kelibat bayang di tingkap itu melarikan diri. Setelah dilihat keadaan anaknya, pipinya mempunyai kesan bengkak dan luka berkemungkinan tergesel pada pintu grill ketika cuba direntap penculik tersebut.

Kalau dia nak main dengan Aryan kenapa perlu rentap Aryan sampai muka Aryan luka. 

Culik Anak

Tambah wanita itu, suaminya yang baru keluar dari lift pada masa kejadian juga perasan kelibat seorang lelaki yang memakai baju berwarna pink sedang terburu-buru melarikan diri di balkoni yang bertentangan dengan rumah mereka. Namun, dia hanya membiarkan sahaja gara-gara berfikiran lelaki itu hanya bergurau atau sebagainya.

Kalau la orang tu berjaya tarik Aryan… Allahu. Tak tahu la sis macam mana. 

Susulan kejadian itu, dia terus melaporkan insiden cubaan menculik itu kepada penghuni blok yang lain supaya sentiasa alert dan menjaga keselamatan anak-anak agar insiden yang sama tidak berulang. Selain itu, laporan polis turut dibuat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga akan diteliti.

Culik Polis

 

Tak terfikir rumah tinggi pun dorang berani

“Sebelum ni baca cubaan culik depan rumah, rumah taman @ rumah bawah.. Tak terfikir duduk rumah tinggi yang ramai orang pun berani dia buat kerja.”

Nasihat wanita itu lagi, jadikan insiden yang berlaku kepada keluarganya ini sebagai pengajaran supaya sentiasa mengawasi anak-anak walaupun di hadapan rumah kerana terdapat pelbagai ‘modus operandi’ baru yang berani dilakukan oleh penculik-penculik ini untuk menculik kanak-kanak.

Baca: “Nasib ada cikgu masa tu” – Budak Sekolah Hampir Diculik Lelaki Yang Menyamar Jadi Parents, Tapi Sempat Dihalang Guru

Baca Culik

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.