in

“Ingat kami suka ke orang luaq datang?”- Forbes Dikecam Lepas Senaraikan Pulau Pinang Sebagai ‘Pulau Murah

Cover 6

Majalah perniagaan terkemuka Amerika Syarikat, Forbes baru – baru ini dikecam teruk oleh pengguna twitter selepas memuat naik sebuah artikel yang menyenaraikan destinasi-destinasi murah untuk rakyat mereka berhijrah tanpa perlu berkerja kerana kos sara hidup yang murah.

Artikel bertajuk “Quit Your Job And Move To An Island: 15 Places So Cheap You Might Not Have To Work” ini turut menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi ideal selain kepulauan lain seperti Bali, Phu Quoc dan Koh Samui.

Capture 16

Menurut laporan Malay Mail, sumber rujukan penulis artikel berkenaan adalah sebuah laporan dari International Living, sebuah majalah yang sememangnya mempromosikan destinasi ‘bajet’ untuk penduduk Amerika Utara untuk bersara dan berhijrah.

Kalau sekali imbas, memang artikel berkenaan tiada sebarang masalah. Cuma, apabila diperhatikan, dengan jelas penulis secara tak sedar dah promosikan kononnya mereka yang nak datang atau menetap di tempat-tempat yang disenaraikan ini tak perlu bekerja kerana kos sara hidup yang rendah.

Datang Penang, Tak Payah Kerja

“Bekerja jarak jauh itu satu perkara, tapi kenapa tidak berhenti sahaja kerja dan tinggal di pulau yang sangat murah dan anda tak perlu bekerja dan nikmati hidup selepas itu dengan bercuti selamanya” tambah penulis tersebut.

Tak cukup dengan itu, artikel asal yang menjadi sumber rujukan penulis Forbes ini turut mengelaskan kos sara hidup di Pulau Pinang menepati ciri-ciri ‘kelas pertama’ selain dengan bongkaknya mengatakan bahawa mereka boleh hidup disini hanya dengan modal RM6,156 sebulan.

Apa yang pasti, artikel Forbes ini mendapat kecaman ramai pihak kerana apa yang mereka promosikan ini secara tak langsung adalah penjajahan!

Kita buat lagi, bukan? Menjajah.
Memang rata-rata komen di Twitter tak bersetuju dengan artikel yang dikeluarkan Forbes ini, ada yang minta artikel ini dipadam atau dikeluarkan secara langsung.
Forbes
Salah seorang penulis blog dari Malaysia turut menjadi tumpuan setelah Tweetnya disokong oleh ramai pihak yang bersetuju bahawa perbuatan ini hanya akan meningkatkan kos sara hidup orang tempatan, sedangkan mereka mempunyai gaji yang tidak terlalu tinggi.

Walaupun ada yang berpendapat bahawa pelancongan akan memberikan manfaat untuk negara namun tak kurang juga yang membantah dan melabelkan apa yang Forbes lakukan ini adalah bentuk baru “penjajahan peneroka” dengan artikel mereka.

Sumber : Malay Mail

Baca : 6 Negara Ideal Untuk Destinasi Percutian Bajet Tidak Diketahui Ramai

Cuti Cuti

Sumber: Twitter