in

“Budak-budak sekarang menakutkan!” – Pelajar Tingkatan Dua Ditemui Pengsan Akibat Terlalu Mabuk Lepas Minum Arak Murah!

Apo Kono Eh Jang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru setahun jagung, tak sangka budak-budak sekolah sekarang dah pandai merokok, berlagak gangster dan minum arak!



Menurut The Rakyat Post, seorang pelajar berusia 14 tahun baru-baru ni telah dijumpai pengsan dekat bangku berdekatan sekolah akibat terlebih minum arak. Aduh apa nak jadi ni dik??

64634027 450709185761962 1616546130240208896 N
sumber: facebook

 

Sepatutnya hadiri pembelajaran sesi petang, tapi ‘skip’ sebab nak ‘minum’ dengan kawan-kawan

Kejadian ini disedari orang ramai sekitar jam 1 tengah hari apabila pelajar yang lengkap berbaju uniform sekolah ini dilihat terbaring atas sebuah kerusi.

65748842 450709142428633 6280917477400510464 N
sumber: facebook

Sumber berkata, pelajar tersebut sepatutnya hadiri sesi pembelajaran pada waktu petang, tapi dia pulak bertindak untuk ‘skip’ kelasnya dan ikut kawan-kawan untuk minum arak murah berhampiran sekolah. Hadoyai! 

“Akibat terlalu mabuk, pelajar terbabit tidak sedarkan diri dan orang ramai yang menyedari kejadian itu segera memaklumkan pihak sekolah.

“Pasukan perubatan dikejarkan ke sekolah berkenaan dan pemeriksaan awal mendapati pelajar itu mengambil minuman keras secara berlebihan,” kata sumber.

65507545 450709069095307 1674967894603071488 N
sumber: facebook

 

Pelajar bakal dipanggil untuk sesi kaunseling 

Pelajar itu kemudian telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan kini stabil.

65655765 450709222428625 5087040994315075584 N

65880789 450709255761955 3688865114666041344 N

66063455 450709335761947 8598631509932376064 N
sumber: facebook

Dalam pada tu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafar memaklumkan pihaknya akan memanggil pelajar berkenaan untuk sesi kaunseling.

“Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar terbabit bagi mengetahui masalah yang mungkin dihadapi pelajar itu,” katanya.

Kisah viral mengenai pelajar ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata tidak percaya bagaimana seorang pelajar tingkatan 2 boleh terjebak dengan gejala tidak sihat macam ni. Baru 14 tahun dah pandai minum arak! 

Mabuks
sumber: facebook

Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni kan… 

Baca: “Tu sebab Jepun lebih maju” – Sekolah Di Jepun TIADA Makcik Cleaner, Pelajar Diasuh Bersihkan Kelas & Tandas Sendiri!

Lap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.