in

“Ingat aku je mcm ni”- [VIDEO] ‘First Time’ Masuk Hostel, Remaja Bawa Baju Macam Nak Pindah Rumah!

Featured Hostel 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang pernah masuk asrama atau kolej kediaman universiti dulu, berapa banyak barang yang korang bawa masa first time masuk? Mesti banyak kan? Tetapi, agak-agak korang boleh lawan tak abang ni punya barang?


Menerusi video posting di TikTok, seorang remaja yang dipercayai akan mendaftar ke kolej kediaman universiti tempatan viral kerana tingkahnya yang sedang packing barang diperhati ibunya. Yang menjadi perhatian netizen ialah kerana barang yang dibawa itu banyak gila!

“Spesies yang rasa semua benda penting, and kalau boleh nak bawa satu rumah”-Netizen

@m.hasebi

mak aku tak rilek sabarlah jap?

♬ original sound – sebi – sebi

Ramai yang terhibur dan terkejut dengan penuhnya barang dalam beg dia! Habis bersepah satu bilik untuk packing barang masuk kolej je! Melihat daripada video tersebut, dua buah bagasi besar digunakan hanya untuk mengisi pakaian sahaja. Itu belum lagi termasuk barang-barang lain.

Pun begitu, ada juga komen daripada netizen yang mengatakan mereka juga merasai pengalaman yang sama seperti abang ini.

“Ya Allah sama beb! Aku nak masuk uni pun buat list macam nak bawa satu rumah.”- Netizen

Bila semua barang rasa penting untuk dibawa, memang penuh lah cerita dia. Kadang-kadang, ada barang yang tak perlu bawa pun dibawa juga. Itu yang meriah bagasi banyak macam dah tak balik rumah dah. Tetapi ada juga segellintir individu yang tak ada masalah bawa barang sikit je ke kolej kediaman.

Komen Hostel 1

 

Takpe lah, barang banyak ke sikit ke, yang penting jangan hilang fokus tujuan asal ke universiti ya.

Baca: “Darah berlumuran di tangga asrama”- Akibat Salah Faham, Pelajar Tingkatan 3 Ditendang Rakan Sampai Patah Rahang

Hostel Baca

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.