in

‘Influencer’ Vietnam Dilamar CEO Amerika, Jurang 46 Tahun Bukan Halangan

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat, Wynn Katz telah melamar teman wanitanya, Co Ngan, yang merupakan ‘influencer’ dari Vietnam. Dilaporkan, pasangan ini bersikap terbuka mengenai hubungan mereka.


3 3

Baru-baru ini, Co Ngan, 26, dan Wynn Katz, 72, ada melangsungkan majlis pertunangan mereka yang disambut secara besar-besaran.

Menurut Co, dia terkejut apabila kisah cintanya mendapat perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, jurang umur 46 di antara dia dan pasangan telah menimbulkan spekulasi daripada pelbagai pihak.

“Saya mengenali Katz menerusi media sosial. Kami mempunyai perasaan antara satu sama lain”, ujar Co menurut satu sumber.

Wanita jelita berusia 26 tahun ini mempunyai 170,000 pengikut di TikTok. Rata-rata konten yang dimuat naik adalah berkenaan kecantikan, fesyen dan tips-tips menarik.

Bercerita tentang detik pertemuan pertama kali mereka, Wynn ada menjemput Co untuk satu pertemuan namun ditolak oleh wanita itu. Bagaimanapun, mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu di sebuah restoran dan mula rapat semenjak itu.

Meskipun perbezaan 46 tahun menjadi bualan ramai pihak, Co menjelaskan dia tidak perasan akan jurang umur kerana pasangannya masih bertenaga dan berjiwa muda.

Co turut menjelaskan mereka bersama adalah disebabkan atas dasar cinta dan bukannya kerana kekayaan Wynn.

 

Kredit: Daily Star

 

BACA: Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Cats 13

Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.