Sebagai pemandu, kita sedar yang setiap lebuh raya yang kita guna pasti akan ada tol yang perlu kita bayar. Tapi apa akan jadi kalau kita tak bayar tol?
Mungkin ada pemandu di luar sana yang nak jimat masa dan duit sehingga sanggup untuk tidak membayar tol dengan cara mengikut rapat kenderaan di hadapan. Korang jangan nak cuba cuba eh, benda ni salah di sisi undang-undang tau..
Pada 15 Oktober, menerusi ciapan PROLINTAS Kajang SILK, pemandu kereta Honda yang telah terlepas bayar tol sebanyak 59 kali telah ditahan.
Kali ini, pemandu kereta Honda pula kantoi selepas 59 kali terlepas bayar tol, dgn tunggakan bayaran sejumlah RM256.20 termasuk caj pentadbiran.
Kejadian berlaku mlm tadi di Lebuhraya Kajang SILK. Amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama oleh si pelaku. #Kantoi pic.twitter.com/5ttTffmELR
— PROLINTAS Kajang SILK (@SILKHighway) October 15, 2022
Kejadian yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Kajang SILK itu melibatkan sebuah kereta jenama Honda berwarna putih. Setelah kantoi, amaun kerugian sebanyak RM256.20 telah dibayar secara ‘on the spot’ oleh pemandu berkenaan.
Amaun kerugian tersebut adalah termasuk jumlah 59 tol yang tidak dibayar serta yuran pentadbiran yang dikenakan kepada pemandu itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen masih tidak berpuas hati dengan denda yang dikenakan. Mereka bercadang untuk mengenakan denda yang lebih tinggi agar mereka ini sedar dan insaf.
Operasi yang dilakukan ini adalah inisiatif yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menangkap mereka yang tidak mahu membayar tol.
Kepada mereka di luar sana jangan la malas untuk bayar tol, kalau dah tertangkap macam ni tak pasal-pasal kena bayar amaun yang tinggi dan juga mendapat malu…
Baca : Lelaki Patahkan Palang Tol Guna Tangan Gara-Gara Bengang Baki Tak Cukup?