in

Individu 18 Tahun Ke Atas Di Lembah Klang Bakal Terima Vaksin Bermula Hari Ini

Collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk semua! Setelah lama menunggu, semalam Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengumumkan yang suntikan vaksin bagi fasa ketiga dah pun bermula hari ini di Lembah Klang.

Keputusan untuk mulakan suntikan vaksin kepada golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas ini dibuat selepas 99 peratus warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Kuala Lumpur dan 88 peratus di Selangor telah pun menerima sekurang-kurangnya dos pertama atau mendapat temujanji, lapor Awani.


Sukacita saya maklumkan 99 peratus daripada warga emas dan OKU di Kuala Lumpur sudah menerima sekurang-kurangkan dos pertama serta 88 peratus di Selangor.

“Oleh yang demikian saya membuat keputusan, fasa ketiga di Lembah Klang akan bermula esok iaitu Isnin.”

Foto 8321A1 Large

Untuk warga emas yang belum mendaftar di aplikasi MySejahtera atau pun baru mendaftar ketika fasa ketiga ini, mereka akan didahulukan dalam senarai vaksinasi.

Ini bermakna vaksinasi akan dilakukan secara serentak, kita tidak akan mengambil vaksin yang diperuntukkan kepada warga emas, sebaliknya kita memang ada tambahan vaksin untuk fasa ketiga.”

Bagi beberapa daerah lain seperti Putrajaya telah pun memasuki fasa ketiga sejak beberapa minggu lalu selepas berjaya melengkapkan vaksinasi kepada golongan warga emas dan OKU.

Jadi untuk yang tak sempat daftar AstraZeneca haritu dah boleh mula check temujanji di MySejahtera okay? Nak lagi mudah, on kan notifikasi MySejahtera dekat telefon korang.

 

Baca: Kerajaan Sedang Teliti Kebebasan Boleh Diberikan Kepada Individu Lengkap Vaksinasi – KJ

Ft Vaksinkj

Sumber: MOF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.